Aku Seorang Penghantar Surat Khabar
4:43 PMSurat khabar yang tadinya berselerak telah disusun rapi oleh tauke. Tauke aku memang pakar dalam bab menyusun surat khabar ni. Disusun mengikut kawasan dan rumah pelanggan.
Ok. Aku Lupa. Kisah ni terjadi sekitar 15 tahun dahulu di Jepun, semasa aku masih lagi sibuk untuk mendapatkan segulung diploma. Buat kerja sambilan sebagai penghantar surat khabar.
Aku Seorang Penghantar Surat Khabar
Kerja menghantar surat khabar ini dilakukan seawal pagi lagi. Mungkin masa orang tengah tidur atau pun tengok rancangan kegemaran di tv.Aku keluar rumah seawal pukul 2 pagi dengan menaiki basikal untuk ke tempat kerja.
Sampai sahaja di tempat kerja, surat khabar yang disusun tadi aku ambil dan kemudian masuk ke dalam motorsikal. Tukar transport pula.
Kalau naik basikal hantar surat khabar, mungkin boleh bersiap-siap untuk makan tengah hari. Sebab di tempat aku ni, banyak kawasan bukit.
Aku hanya dapat 2 kawasan sahaja. Yang mana 1 kawasan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk diselesaikan.
Surat khabar untuk setiap pelanggan kat sini memang berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing. Ada yang nak surat khabar sukan sahaja. Ada yang nak surat khabar tempatan sahaja.
Aku perlu ingat semua jenis surat khabar yang ditempah oleh pelanggan. Kalau tersilap hantar, keesokannya kena pergi minta maaf dengan pelanggan. Aku pernah beberapa kali tersilap. Biasanya pelanggan yang baru. Masih belum ingat lagi jenis surat khabar yang ditempah.
Kerja ni memang rileks. Cuma masa mula-mula kerja kadang-kadang tu ada juga rasa gerun bila lalu kawasan perkuburan. Tapi lama kelamaan dah jadi biasa. Mungkin hantu pun tak nak kacau aku.
Memang jarang nak berjumpa dengan manusia pada waktu-waktu begini. Ada sekali dua sahaja aku terserempak dengan seorang penghantar susu. Mungkin susu lembu atau pun susu kambing.
Selepas semua surat khabar dihantar ke tempat yang ditetapkan. Aku balik rumah dan sambung tido. Untuk menyimpan tenaga di kelas nanti.
Begitulah rutin aku setiap hari sebagai seorang penghantar surat khabar.
0 comments