Aku Seorang Penjual Sushi

4:32 PM


Masuk sahaja di dapur, sudah bertimbun kerja yang menanti untuk diselesaikan. Susun neta (makanan yang diletak di atas nasi sushi). Buang sampah, masak nasi, potong sayur adalah rutin kerja seorang penjual sushi.

Aku Seorang Penjual Sushi

Aku buat kerja ni separuh masa. Pada waktu petang hingga ke malam sahaja. Di siang hari aku sibuk dengan jadual kelas di kampus. 

Kerja ni pun atas faktor 'kawan tolong kawan'. Aku kekurangan duit belanja pada masa itu. Aku perlukan duit lebih untuk menampung sara hidup. Tempat orang tak sama dengan tempat sendiri beb. Tempat sendiri kalau takde duit, boleh balik rumah mak makan nasi. 

Seorang rakan memperkenalkan aku dengan kerja ni. Lagipun aku dah biasa buat lebih dari 2 kerja. Agaknya. 

Sesi interview tak lama. Lebih kurang macam berbual santai sambil minum kopi wonda. Keesokannya aku sudah boleh bekerja. Bermula lah hidup aku sebagai seorang penjual sushi separuh masa. 



Permulaan kerja agak memenatkan. Kerja dalam keadaan berdiri sepanjang waktu. Dah lama tak buat melainkan di padang bola sahaja. Hanya boleh  duduk bila tiba waktu rehat. 

Banyak benda yang perlu diingat dalam kerja ni. Segala jenis, nama, topping sushi kena hafal. Aku mula belajar satu persatu slow and steady. Tak sampai seminggu aku dah boleh hafal segala jenis nama sushi yang ada. Masih kuat lagi memory ingatan aku. 

Kemudian, belajar pula mengambil order dari pelanggan menggunakan interkom. Interkom ni yang macam dekat pagar-pagar rumah banglo atau kondo. Lebih kurang macam tu bentuknya. Cuma tak nampak muka, boleh dengar suara sahaja. 

Kerja seorang penjual sushi ni sama sahaja dengan kerja-kerja yang lain. Yang paling best ialah bila tiba waktu 'punch card' nak balik. 

You Might Also Like

0 comments