Aku Seorang Penjual Burger

4:30 PM


Tak pernah terlintas di fikiran aku pada ketika itu untuk menjadi seorang penjual burger. Lagi pulak masa tu peperiksaan SPM akan berlangsung lebih kurang 2 bulan.

Kawan aku la ni. Tiba-tiba mengajak aku untuk cari duit lebih masa cuti sekolah. Bukan dekat der. Jual burger kat Cameron Highlands. Kalau tak silap aku, ada pesta bunga masa tu. Sekarang ni tak tau ada lagi ke tak pesta bunga tu.

Aku Seorang Penjual Burger

Aku tak pernah masak burger seketul pun sebelum ni. Walaupun mempunyai banyak masa yang terluang kat rumah. Lebih senang lagi goreng telur yang dibeli kat kedai Ravi belakang rumah.

So, kawan aku sorang ni pun ajar aku masak burger dari zero. Dari potong roti burger, potong sayur, potong bawang, panaskan kuali, masak daging sampai ke proses membungkus burger.

Susah sebenarnya nak mengambil daging burger yang beku satu persatu. Silap-silap boleh terpatah dua. Bukannya tiga atau empat.



Dekat sini, baru aku kenal dengan mayonis dan black pepper. Selama ni aku hanya kenal dengan nama lada hitam. Yang mana boleh dibuat untuk 'guna-guna'.

Dulu ada 2 jenis daging burger sahaja. Ayam dan daging lembu. Itupun dari jenama Ramly kalau tak salah.

Tak sama macam sekarang ni, macam-macam jenis daging ada. Lagipun, kebanyakan penjual burger, ada yang sudah boleh memproses daging burger sendiri. Tidak lagi bergantung dengan En. Ramly.

Pada aku, burger yang dijual ditepi jalan ni juga yang sedap. Tambah pula boleh order mengikut citarasa. Nak triple, nak double, nak spesial dan macam-macam lagi.

Memang penat menjadi seorang penjual burger ni. Dari buka stall sampai tutup stall, semua buat sendiri. Tapi, kepuasan dia bila mana engkau dapat pegang dan kira duit cash setiap hari. Penat yang berbaloi.

You Might Also Like

0 comments