Saturday Night Fever

6:00 PM


Hari ini hari Sabtu. Demam malam sabtu atau pun saturday night fever, penyakit yang mula melanda ke atas muda mudi kuda kudi pada lewat tahun 70 an.

Filem yang dilakonkan oleh John Travolta sebagai watak utama. Mempunyai semangat untuk menari di kelab-kelab malam. Bukan di kelab golf atau pun kelab gay.
Pelakon yang sama berlakon dalam filem FACE OFF. Aku tidak pasti siapa yang menjadi hero dalam filem FACE OFF.

John Travolta atau pun Nicholas Cage? Yang mana Nicholas Cage membawa watak utama dalam filem Gone in 60 seconds sebagai Memphis Raines.

Aku lebih suka dengan watak John Wick. Kemas berpakaian sut dan cekap bermain senjata. Teliti dalam setiap pekerjaan beliau.



Tidak memerlukan alarm atau pun lagu brother john untuk dikejutkan di pagi hari.

Bila umur engkau dah semakin meningkat masuk ke peringkat remaja tua, engkau lebih banyak menjadi seperti John Jenin. Engkau perlukan lagu brother john untuk bangun pagi ataupun alarm dari telefon bimbit yang dibeli di Plaza Metro Kajang.

Peratusan Saturday Night Fever atau pun demam malam sabtu semakin lama akan semakin menurun kepada 30% sahaja. Lebih suka duk rumah santai tengok movie di saluran HBO sambil makan twisties perasa bbq sate.

You Might Also Like

0 comments