Friday The 13th

4:39 PM


Hari ini hari Jumaat. Hari yang ke-12 dalam tahun 2018. Tiada kena mengena dengan Jumaat yang ke-13 seperti dalam filem Friday The 13th.

Hari Jumaat hari bekerja yang pendek dalam masa seminggu. Bagi orang lelaki muslim di Malaysia, sudah semestinya akan ke masjid untuk menunaikan Fardhu Jumaat atau Friday Prayer dalam bahasa asing. Bagi orang perempuan.. ermmm.... Mungkin lebih suka dengan Black Friday.
Siapa yang tidak tahu tentang filem Friday The 13th? Sebuah filem seram lama yang mengisahkan mengenai seorang pembunuh yang bernama Jason. Membunuh satu persatu remaja yang mengadakan aktiviti perkhemahan di Camp Crystal Lake.

Kadang-kadang ada juga terasa hendak menjadi seperti Jason. Membunuh nyamuk satu persatu yang selalu berkeliaran di luar rumah pada waktu senja. Jarang-jarang pula ingin menjadi seperti Freddy Krueger dalam A Nightmare On Elm Street.

Bagi aku tidak ada istilah Good Friday dalam kamus hidup. Cuma yang ada Every Friday is always good. Dapat makan pisang percuma di masjid.



Mood untuk bercuti di hujung minggu pun sudah tiba. Dalam kepala berlegar-legar bayangan tempat percutian yang menarik di tepi pantai atau di dalam hutan tepi air terjun barangkali.

Sambil menikmati kambing bakar yang dibakar dengan arang di atas set bbq yang dibeli di Mydin.

Pastikan watak Jason atau Freddy Krueger tidak muncul dalam visual angan-angan tadi.

Selamat berhujung MINGGU!!

You Might Also Like

0 comments