Corn Cob Tuesday
4:14 PMHari ini hari Selasa. Sudah masuk hari yang ke 9 dalam tahun 2018. Aku pun telah beralih arah dari hisap rokok kepada hisap paip.
Maksud aku kat sini ialah paip tembakau. Bukannya paip air atau pun paip besi untuk buat pagar rumah.
Corn Cob Tuesday adalah hari bagi orang yang menghisap paip tembakau atau dengan kata mudah dipanggil pemipa dalam bahasa melayu,menggunakan paip yang diperbuat daripada jagung.
Aku sendiri pun tak tau kenapa diberi nama corn cob tuesday. Mungkin paip jagung mula diperkenalkan pada hari Selasa. Atau mungkin hari Selasa adalah hari yang paling sesuai untuk mencuba paip jagung ni. Siapa tau.
Missouri Meerschaum merupakan syarikat yang memperkenalkan corn cob pipe atau paip jagung ke serata dunia. Boleh baca tentang sejarah pembuatannya di SINI.
Jenis Corn Cob Pipe:
Paip jagung ni ada banyak jenis. Harga nya pun berpatutan. Budak sekolah pun boleh beli. Jangan salah anggap, bukan bermaksud untuk menggalakkan budak sekolah hisap paip pula.
Gambar kat atas ni merupakan sebahagian dari beberapa jenis corn cob pipe. Kat Malaysia ni boleh dibeli secara online di Romeo Gift.
Untuk pengetahuan, aku takde apa-apa share dengan romeo gift.
Happy Corn Cob Tuesday.
1 comments