Wordless Wednesday
4:41 PMHari ini hari Rabu. Walaupun aku jarang-jarang sekali buat blogwalking dan tinggalkan jejak di blog lain. Baru ada seorang pengomen dalam blog aku yang tak seberapa ni.
Terima kasih yang tak terhingga buat Mrs.A kerana menjadi pengomen yang pertama dalam blog aku ni. I appreciate it. :-)
Anyway, sebelum aku menulis mengenai Wordless Wednesday ni aku nak tanya.
Apa yang engkau akan buat dengan surat saman parking dari majlis perbandaran yang diselitkan di wiper kereta engkau yang berharga RM30 sepasang yang mana engkau parking kereta tak sampai pun 10 minit kerana ada urusan seri paduka baginda yang teramat-amat penting sampaikan engkau tak cukup masa pun untuk menggores tiket parking walaupun engkau boleh menggores tiket parking tersebut dalam tempoh tak sampai 1 minit sebab tiket parking tak sama dengan tiket peraduan gores dan menang kerana bimbang akan terlepas dengan urusan seri paduka baginda tadi dalam keadaan perut yang lapar sangat-sangat kerana engkau terlupa untuk makan di waktu pagi hari tadi dek sibuk menyiapkan dateline kerja engkau yang tertangguh selama sebulan lebih walaupun sebulan itu cerita tahun lepas dan hari ini ialah Wordless Wednesday sambil melihat seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an dengan rambut sikat tepi yang berpakaian kemeja lengan panjang masuk dalam seluar slack mungkin jenama dockers dengan kemas tanpa tali leher dan memakai jam G-Shock di tangan dengan tenangnya seperti tiada apa-apa masalah di dalam hati mengambil nasi dan lauk ikan keli masak belada mungkin lauk semalam untuk makan tengahari tanpa mempelawa engkau yang dalam keadaan kebuluran seperti orang di Afrika Selatan dimana engkau tak boleh pun keluar parking kerana faktor keadaan jalan raya yang terlampau sesak dengan bas sekolah dan kenderaan lain untuk mengalihkan kereta buatan Jepun engkau yang dibeli pada tahun 2010 dan diisi dengan minyak ron 95 iaitu minyak kuning di stesen minyak BHP berhampiran dengan rumah engkau yang mana tunggu masa sahaja untuk menukar minyak hitam dan filter kerana sudah sampai masanya.
Nota Kaki : Wordless Wednesday adalah hari di mana blogger hanya menyiarkan gambar tanpa artikel.
2 comments