Thursday Night

4:31 PM


Hari ini hari Khamis. 23 tahun dahulu ,aku dapat lesen motorsikal pada hari ini . Ya, hari Khamis Malam Jumaat.

Cuma tak ingat berapa hari dan bulannya. Hari ada 30 dan bulan ada 12 dalam masa setahun. Mustahil aku boleh ingat tarikhnya. Melainkan aku pernah rekodkannya di mana-mana.

Harga untuk mendapatkan lesen pada hari ini tidak sama lagi dengan 23 tahun dahulu. Seiring mengikut peredaran zaman. Zaman aku tak sama dengan zaman engkau.

Zaman engkau zaman kpop. Zaman aku zaman rock kapak.

Zaman aku main biji getah, zaman engkau main biji.... ermmm.. ok. takper.

Bagi yang berkelamin, entah mengapa seperti ada satu aura lain macam bila tiba sahaja malam Jumaat. Tidak kiralah sama ada di zaman engkau atau pun aku.



Cuma aku tak berapa nak paham kenapa di zaman yang serba canggih sekarang ni, masih ada lagi makhluk-makhluk yang tak tahu menggunakan fungsi signal dalam kenderaan?

Merbahaya bagi pembonceng motosikal. Penunggang motosikal boleh mengelakkan sebanyak 66.6% sahaja dari dilanggar kereta, selebihnya pembonceng mungkin akan tersangkut di celah-celah kereta.

Dan lagi malang nasib engkau kalau, penunggang motosikal itu tidak sedar akan kehilangan pemboncengnya. (Berdasarkan kisah benar dari seorang rakan). Aku tiada di tempat kejadian.

Bagi kanak-kanak, malam ini merupakan malam yang paling seram dan mengerikan bagi mereka. Kena masuk tidur awal, sebab esok hari terakhir ke sekolah bagi minggu ini. Jangan lupa basuh kaki.

Bagi yang bercinta, tiba-tiba pula rasa nak pergi tengok wayang kat KLCC. Kot2 ada movie yang baru.

Bagi mat motor, bolehla pergi setting dulu mana-mana yang patut untuk motor kesayangan tu untuk dipandu secara berhemat di malam minggu.

SELAMAT BER MALAM JUMAAT!!

You Might Also Like

1 comments