Monday Morning Blues

4:34 PM


Hari ini hari Isnin. Hari yang paling sukar untuk bangun pagi untuk ke tempat kerja. Aku pernah merasakan keadaan begini sewaktu kerja makan gaji dahulu, di salah sebuah kilang Jepun yang terletak di Shah Alam.

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka. Kemudian pakai uniform kilang. Pekena suria sebatang dalam kereta, dengar radio sinar fm, sambil memandu untuk ke tempat kerja.
Setelah 2 hari bercuti di hujung minggu membuatkan badan engkau jadi lemah. Lemah untuk bangun pagi. Lemah untuk memulakan langkah ke tempat kerja. Lemah segala-galanya.

Paling tak suka bila ada 'meeting' waktu pagi. Di saat otak engkau masih dalam keadaan bercuti, disaat itu juga otak engkau dipaksa bekerja. Tambah pula untuk menukar bahasa ibunda kepada bahasa asing.



Lupa pulak nak bagitau, Aku seorang mahasiswa yang berkelulusan dari negara matahari terbit, Jepun. Yang mana penuh diterapkan dengan tata tertib kesopanan dan kesusilaan.

Jadi, semua masalah pekerja akan diutarakan di dalam 'meeting' mingguan. Bukan diselatan ditimur mahupun dibarat.

Aku akan jadi orang tengah antara bos-bos Jepun dan pekerja-pekerja kilang. Umpama engkau bercakap dengan itik sekejap kemudian bercakap pula dengan ayam. Mana nak sama dengan si kucing belang.

Setelah 7 tahun aku berhenti kerja. Alhamdulillah tiada lagi rasa Monday Morning Blues. Hari-hari aku sama sahaja. Kadang-kadang hari minggu dan cuti am aku terpaksa bekerja juga untuk mengejar 'dateline'.

Sendiri bos, sendiri kuli. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

You Might Also Like

2 comments