Jangan Pandang Belakang

5:16 PM


Jangan pandang belakang merupakan sebuah filem seram di Malaysia hasil arahan dari En. Ahmad Idham dan terbitan oleh Mr David Teo. Pierre Andre merupakan pelakon utama dalam filem ini. Digandingkan dengan Intan Ladyana sebagai heroin.

Bukanlah aku ingin mereview filem ini, apatah lagi filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Dimana review filem boleh dicari di laman web google yang ditulis oleh blogger-blogger lain yang mereview filem tempatan mahupun luar negara.

Setelah aku mula mengatur langkah, tidak perlu lagi rasanya untuk aku memandang ke belakang. Lagipun agak seram untuk aku menoleh ke belakang tanpa ada sedikit cahaya dari bulan atau pun lampu di jalan yang sunyi dan gelap gelita



Tak perlu juga rasanya untuk aku hiraukan turun naik harga minyak setiap minggu. Kerana aku akan ke stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak kuning Ron 95 apabila perlu. Sambil berbual dengan salah seorang pekerja Bangla disitu. Bercerita tentang ekonomi semasa yang mana tak ada kena mengena dengan dia. 

Walaupun aku kesuntukan masa untuk mencapai apa yang diimpikan. Harap-harap sempat untuk aku perbaiki dan betulkan di mana salah dan silapnya. Dah masuk tahun 2018 ni oi... 



You Might Also Like

0 comments