Aku Mula Mengatur Langkah

6:04 PM


Setelah kejatuhan demi kejatuhan aku mula mengatur langkah untuk bangkit semula untuk memburu impian yang selama ini terkandas di tengah jalan. Aku tidak pasti jalan yang mana. Yang pastinya bukan lah di Jalan Tun Razak.
Mengatur langkah seperti seorang budak kecil yang mula-mula ingin belajar berjalan. Sambil memegang tangan kedua ibu-bapanya atau apa sahaja yang berdekatan. Tiada motivasi yang diperlukan. Cuma ingin belajar berjalan seperti orang dewasa secepat mungkin.



Mengatur langkah seperti seorang askar di dalam barisan kawad yang sentiasa bersedia untuk menyerang musuh. Sambil memegang senjata di tangan. Bukan lah sebilah pisau atau pun keris luk 7. Mungkin M16 atau pun AK-47.

Mengatur langkah seperti Rocky Balboa The Italion Stalion. Biarpun masih belum cukup kuat untuk menentang lawan. Berlatih semampu yang mungkin tidak kira dengan apa cara sekali pun. Walaupun hanya berlatih dengan menumbuk daging beku.

Selagi hayat di kandung badan. Agi idup agi ngelaban.

Mengatur langkah sehingga tercapai apa yang dicitakan. Majulah Sukan Untuk Negara. Biar ku jejak jalan yang berliku. Membara Jiwaku. Memburu Impian.


You Might Also Like

0 comments