Kesulitan Hari Ini Untuk Keselesaan di Masa Hadapan
10:07 AMSeringkali kita melihat papan tanda "Kesulitan Hari Ini Untuk Keselesaan di Masa Hadapan" di jalan-jalan raya yang sedang dalam pembinaan.
Seperti aku juga sebelum ini yang melihat papan tanda tersebut di sepanjang Jalan Cheras menuju ke Stadium Kajang. Atas sebab pembinaan MRT giat dijalankan pada masa itu.
Memang setelah siap pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang, banyak perubahan yang boleh dilihat.
Orang yang datang dari luar Kajang, tidak perlu lagi memandu kenderaan sendiri untuk menikmati sate yang terkenal di Kajang iaitu Sate Hj Samuri. Sudah jimat masa dan penat lelah memandu.
Seperti mana juga dalam kehidupan engkau seharian. Mungkin ada kesulitan-kesulitan yang tidak dapat dielakkan.
Mungkin engkau sedang menghadapi kesulitan dari segi kewangan yang dahsyat. Seperti hutang-hutang di sekeliling pinggang yang tak dapat dikira dengan jari sendiri. Terpaksa campur pula dengan jari kawan-kawan, emak, kakak, adik, abang mahupun sedara mara yang terdekat.
Mungkin juga engkau ada kesulitan dalam perhubungan. Tidak kira lah dalam percintaan, sosial, atau pun rumahtangga.
Atau mungkin juga kesulitan dari segi pelajaran.
Ada kalanya aku merasakan kesulitan yang dihadapi amat pedih dan perit untuk aku tempuhi. Bagaikan tiada jalan keluar dari kemelut yang melanda.
Seperti engkau tersangkut jem di jalan raya di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Ke kiri tak boleh, ke kanan apatah lagi.
Hanya boleh menikmati kecanggihan bangunan-bangunan tinggi tesergam indah yang dipenuhi peniaga-peniaga bangsa asing di sekitarnya.
Semoga apa pun kesulitan yang aku hadapi pada hari ni akan menjadi keselesaan di masa hadapan.
0 comments