Aku Seorang Pencuci Pinggan

4:17 PM


Sebelum aku bekerja sebagai seorang penjual sushi, aku buat kerja sampingan sebagai seorang pencuci pinggan di kelab golf. Bekerja hanya di hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad. Kerja pun tak lama, lebih kurang 4 jam sahaja. Dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Aku Seorang Pencuci Pinggan

Kerja kat sini tak sama dengan basuh pinggan di rumah. Lengkap berpakaian apron dan sarung tangan. Kat sini, menggunakan mesin khas untuk mencuci pinggan mangkuk. Termasuk lah sudu dan garpu, kadang-kadang pisau pun ada. Kalau biasa kerja di restoran-restoran besar mungkin boleh tengok mesin ni. Takde dalam perancangan lagi untuk membeli mesin ni.



Boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja kalau kerja di kedai dobi. Mesin yang buat kerja. Bezanya cuma di kedai dobi, kena lipat pakaian lepas cuci. Kerja macam ni tiada lagi dalam sejarah peradaban manusia, melipat pinggan selepas basuh. Yang mana kerja ni tak sama dengan kerja mencuci jamban.

Sabun pencuci juga tidak menggunakan jenama dari Sunlight atau pun Axion. Mahal agaknya.

Lepas kerja dapat makan percuma. Save duit tak perlu makan di luar. Balik rumah pun tak perlu singgah 7 eleven beli maggi cup atau pun oden. Hujung minggu je dapat makan free ni. Hari biasa kena masak nasi goreng kampung juga.

Aku kerja sebagai pencuci pinggan ni tak lama. Dalam setengah tahun sahaja. Jadual kelas yang semakin padat.


You Might Also Like

0 comments