Aku Seorang Jurutera

4:24 PM


Di satu ketika dahulu, aku pernah memegang jawatan sebagai seorang jurutera atau pun engineer dalam bahasa inggeris. Yang mana kerja sebagai jurutera ini jauh beza dengan kerja seorang arkitek. Seperti Michael Scolfield dalam drama Prison Break.

Aku Seorang Jurutera

Dengan kelulusan yang aku perolehi dari salah satu universiti di Jepun, aku telah berjaya menjadi seorang jurutera di salah sebuah kilang elektronik di Shah Alam, Selangor. Dengan gaji yang ditawarkan agak lumayan pada ketika itu. Fresh grad kot. 

Tanggungjawab sebagai seorang jurutera ini agak berat. Lebih berat dari dumbel-dumbel yang ada di gym bina badan. 



Skop kerja aku amat mudah. Memastikan mesin-mesin yang beroperasi di dalam kilang berjalan dengan lancar. Dari sebesar-besar mesin hingga lah ke mesin rumput untuk meratakan padang bola. 

Dan satu lagi membuat penambah baikan kepada mesin untuk kelancaran operasi. Yang ni aku banyak menjadi sebagai pembantu. Baru mula kerja la katakan. 

Lupa, ada satu lagi, sebagai translator bahasa Jepun. Kerja ni kadang-kadang bila ada pelawat dari Jepun sahaja.

Puas aku bekerja di kilang selama hampir 2 tahun, aku dapat tawaran bekerja di salah satu syarikat yang agak kecil yang beroperasi hanya di lot kedai 2 tingkat. Dengan staf tak sampai 10 orang. 

Kerja dalam bidang Boiler. Banyak kerja-kerja 'reverse engineering'

Setelah puas kerja hampir 3 tahun. Aku meletakkan jawatan sebagai seorang jurutera. Mula mencari rezeki sebagai seorang peniaga. 

You Might Also Like

0 comments