Aku dan Kesuntukan Masa
10:41 AMKadang-kadang ada kala dan ada ketika nya dalam kehidupan engkau, masa itu sangat-sangat mencemburui. Walaupan engkau tak pernah bercinta dengan masa itu sendiri. Dan bercinta dengan masa itu pun tidak mungkin akan terjadi dalam kehidupan seseorang.
Hari ini aku ke sekolah bagi menyelesaikan yuran-yuran yang sepatutnya. Masa yang ditetapkan adalah dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.
Beratur menunggu giliran untuk membayar yuran sekolah memang normal. Apa yang tidak normal nya ialah, giliran engkau diganggu oleh anasir-anasir yang kurang menyenangkan.
Sebagai contoh, secara engkau tidak sedar tiba-tiba ada manusia lain yang dengan selamba kojek nya memotong giliran. Boleh pula bersembang dengan cikgu seperti di kedai makan Pak Munawir, seolah-olah hari ini sahaja yang engkau ada sebelum bertukar menjadi zombi untuk berbincang perihal sekolah.
Eh! Kemon Bro, ramai lagi yang masih menunggu giliran di belakang.
Bila Tiba giliran aku pula, entah makhluk dari planet mana pulak yang muncul memakai t-shirt lusuh kaler hitam,berseluar jeans Levi's atau pun Edwin atau pun mungkin dari jenama LEE membawa not RM 5 di tangan untuk menukar kepada RM1.
Mungkin makhluk ni terlupa yang disini adalah kaunter pembayaran dan bukan mesin tukar duit seperti yang ada di pusat permainan kanak-kanak.
Terpaksa pula menunggu cikgu bagi mencari sehelai demi sehelai RM1 di dalam bekas duit untuk diberikan kepada makhluk tadi.
Alangkah sopannya cikgu tersebut dalam mencari duit kertas. Kemas dan teratur. Dikira pula satu persatu untuk kali kedua. Bagus. Memang layak menjadi pendidik anak bangsa. (Walaupun ada sebahagian yang mempertikaikan kerja mereka)

Dan aku terpaksa buat muka seposen walaupun dalam dompet ada lebih dari seposen.
Sambil memerhatikan skrin wallpaper di telefon bimbit yang aku rasa sudah boleh dibawa ke kedai Dr Cermin. Acah-acah seperti ada mesej yang masuk di whatsapp atau pun telegram.
Sambil memerhatikan skrin wallpaper di telefon bimbit yang aku rasa sudah boleh dibawa ke kedai Dr Cermin. Acah-acah seperti ada mesej yang masuk di whatsapp atau pun telegram.
Selesai menukar duit yang dikehendaki, makhluk tadi pun beredar dari situ tanpa memberi salam atau pun senyum. Mungkin terlampau gembira agaknya dapat duit RM1 sebanyak 5 keping.
Masa yang aku ada cuma tinggal 5 minit sahaja untuk pergi dari sini. Terima Kasih.
1 comments