Buat Bisnes Dropship di Shopee Secara Sambilan

4:41 PM

Walaupun sudah lama aku tinggalkan dunia bisnes dropship di Ebay, tapi tahun lepas terpaksa juga untuk aku mencuba buat bisnes dropship di Shopee disebabkan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) telah bermula. Dropship kali ini berbeza sikit dengan Ebay. Sebab dropship lokal sahaja di Shopee. Pembekal pun dari Malaysia. 

Maksud Dropship

Sebelum aku cerita lebih lanjut lagi tentang bisnes dropship ni, mungkin ada segelintir yang tak tau apa itu dropship? 

Dengan kata mudah yang bukan diambil dari mana-mana kamus, dropship adalah apabila kita ambil gambar barang yang nak dijual, kemudian "drop" kan di marketplace seperti Shopee atau Lazada. Pihak pembekal akan "ship" kan bagi pihak anda. 

Senang kan? :-) 

Nampak macam senang, tapi ada banyak kerja yang perlu dibuat. 

Pertama sekali yang memang kena buat adalah edit gambar dari pembekal. Kena ingat yang orang lain pun ambil gambar dari pembekal yang sama. Jadi, terpulang kepada kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelanggan di Shopee. 

Yang kedua kena buat adalah, tukar tajuk jualan di Shopee. Bab ni kena pandai-pandai lah usha dalam Shopee macam mana penjual lain buat. Ada yang letak bintang, ada letak 'hot sale'. 

Yang ketiga kena edit adalah dari segi harga. Yang ni boleh tengok market Shopee sendiri. Ada yang jual murah, ada juga yang jual mahal. Bergantung kepada berapa margin keuntungan yang kita mahukan.

Automatik Dropship

Aku lebih suka konsep dropship yang dijalankan secara automatik. Maksudnya, apabila ada order masuk, pembekal terus hantar kepada pelanggan tanpa perlu untuk kita masukkan maklumat pelanggan. 

Bagi aku, ini konsep dropship yang baru. Konsep bisnes dropship 2020 agaknya. Rugi kalau tak cuba. Sebab masa buat dropship ebay dahulu, masih lagi kena masukkan maklumat pelanggan kepada pembekal dropship. 

Kalau order 2,3 sahaja boleh lagi untuk 'copy and paste'. Cuba bayang kan kalau order sehari dah mencecah 50 ke atas. Letih juga jari-jari nak 'copy and paste' maklumat pelanggan. 

Bisnes Dropship di Shopee

Sebelum nak menjual di Shopee, perlu mendaftar untuk menjadi penjual di Shopee, seperti yang aku tulis sebelum ni di panduan bisnes di Shopee

Ada juga yang mengatakan tentang buat bisnes dropship tanpa modal di Shopee. Sejauh mana kebenarannya. Meh sini aku cerita sikit. 

Bila order masuk dekat shopee, pihak shopee akan 'hold' dulu duit dari pelanggan. Kita sebagai penjual di Shopee, hendaklah menghantar barang yang di order tadi kepada pelanggan dahulu. 

Jadi, macam mana hendak order dari pembekal pula kalau kita takde duit? 

Sorry to say la, kadang-kadang agak melampau juga iklan-iklan panduan dropship shopee yang keluar dekat timeline FB. Malas lah nak mention siapa. 

Bukan apa, kadang-kadang aku kesian tengok orang yang baru mula nak berjinak-jinak meniaga tapi kekurangan modal. 

3 Cara Dropship di Shopee

Kat sini aku nak terangkan tentang cara-cara dropship kat shopee ni. Pada aku ada 3 sahaja cara bisnes dropship di sini. 

Cara 1 : 

Kita ambil barang dari pembekal dan jual di Shopee. Maksudnya camni, kita order barang dari pembekal dan jual di dalam Shopee. Paham ke? 

Cara 2 : 

Kita ambil barang dari pembekal di Shopee dan kemudian jual semula di dalam Shopee. Yang ini agak leceh sikit nak buat, sebab kena buat 2 akaun. Satu akaun pembeli dan satu lagi akaun penjual. 

Cara 3 : 

Kita ambil barang dari pembekal di Shopee dan kemudian jual semula di luar Shopee. Untuk yang ini, perlu buat e-commerce sendiri. Order akan masuk dari laman web ecommerce kita dan hantar order kepada pembekal di Shopee. 


Mungkin ada yang nak tambah untuk konsep yang ke 4 iaitu order dari pembekal dari China dan jual di Shopee. Untuk yang ni aku tak rekomen sebab nanti akan ada masalah dengan logistik. Tambah-tambah pula dalam keadaan sekarang ni dengan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 

Bisnes dropship ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang baru mula nak belajar berniaga seperti student, surirumah atau pun yang tengah kehilangan kerja. 

Kalau ada sesiapa yang rasa nak tengok contoh store di Shopee yang aku buat, boleh lah PM ke DM ke. Takde hal. Sebab aku pun dah rasa malas nak buat bisnes dropship di Shopee. Hahahahaaaaaaa.... 

You Might Also Like

0 comments