Belajar Sketchup Online Paling Murah dan Mudah di Malaysia

10:04 AM

belajar sketchup online

Sejak PKP 1.0 lagi, rakyat di Malaysia ramai yang telah kehilangan kerja akibat desakan ekonomi yang melanda negara. Aku pun terpaksa mengambil inisiatif untuk memperkasakan diri dengan belajar sketchup online. 

Untungnya zaman sekarang ini, semuanya boleh dibuat dihujung jari. Lihat sahaja dengan lambakan bisnes yang sudah semakin ke hadapan dengan munculnya laman web di atas talian secara drastik. 

Belajar Sketchup Online

Begitu juga lah dengan kursus kemahiran yang boleh diadakan secara online. Kursus yang aku nak cerita kat sini ialah Kursus Sketchup Online yang dibuat oleh satu company yang aku jumpa di dalam internet pada bulan 11 tahun lepas (2020). 

Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan untuk rakyat marhaen seperti aku. Tidak terlalu mahal untuk memperolehi ilmu kejuruteraan yang boleh digunakan sampai bila-bila. 

Company yang aku maksudkan ialah Aden Academy. 

Di sini kita boleh belajar 2 kursus yang memang digunakan dalam bidang kejuruteraan. 

1. Kursus Sketchup

2. Kursus AutoCad

Sketchup

Sketchup ialah satu program lukisan komputer permodelan 3D untuk membuat pelbagai lukisan
seperti senibina, rekabentuk dalaman, lanskap, kejuruteraan awam dan mekanikal, rekabentuk filem dan juga termasuk permainan video

Pada asalnya sketchup adalah kepunyaan Google. Tetapi telah diambil oleh Trimble. 

Perisian Sketchup ada yang percuma dan juga berbayar. Untuk yang percuma boleh download software di laman web sketchup dengan menggunakan Sketchup Make. 

Untuk profesional seperti jurutera mekanikal, awam dan juga arkitek boleh gunakan perisian yang berbayar iaitu Sketchup Pro

Kenapa aku ambil kursus Sketchup Online? 

Antara sebab utama aku ambil kursus ini adalah kerana harga yang murah. Kalau tak percaya boleh google dahulu dan bandingkan harga yang lain untuk belajar melukis 3D sketchup online

Sebab yang kedua adalah kerana mudah untuk faham dan buat. Lagipun kursus online ni, boleh buat bila-bila masa yang terluang. Pagi, tengah hari, petang, malam. Ikut masa yang ada pada kita. 

Aku guna sketchup make sahaja iaitu perisian yang percuma. Belum mampu lagi untuk gunakan yang berbayar. Lagipun laptop yang ada sekarang ni pun dah agak tenat untuk menampung software yang berat. Guna apa yang ada dahulu. 

Sketchup make sahaja pun sudah memadai untuk beginner. Boleh buat binaan yang tak terjangka di dalam fikiran. Seperti meja makan, kerusi, gazebo dan juga kabinet dapur. 

Contoh Lukisan Sketchup Make
Antara Contoh Lukisan Yang boleh dibuat menggunakan Sketchup Make

Pada asalnya aku hanya ingin belajar sketchup untuk membuat rumah. Maksud aku design rumah. Dengan sketchup bukan sahaja boleh lukis rumah, malah boleh juga lukis part automotif yang mudah seperti brake. 

Belajar Sketchup ni pada aku takdelah susah macam nak buat website e-commerce. 

Siapa yang sesuai untuk belajar Sketchup?

Bagi aku sesiapa sahaja memang sesuai untuk belajar melukis 3D di sketchup. Tidak kira sama ada budak sekolah, petani moden, surirumah, pemilik tanah, tukang perabot asalkan boleh menggunakan komputer. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus sketchup secara online ni boleh la melawat ke laman web Aden Academy

Selamat Mencuba & Selamat Maju Jaya. 

Majulah Sukan Untuk Negara. 

You Might Also Like

0 comments