Kelebihan dan Kelemahan Beli Basikal Online di Malaysia
1:03 PMTak kisah lah apa jenis basikal sekali pun, rakyat Malaysia macam sudah ketagih untuk melakukan aktiviti berbasikal.
Lihat sahaja sekeliling kita, pasti ada yang berbasikal sama ada berkumpulan atau pun secara solo. Ini tidak masuk lagi dengan aktiviti basikal lajak yang tidak berapa disukai oleh netizen.
Dari segi kesihatan, aktiviti berbasikal dapat membuatkan badan kita menjadi sihat. Sambil keluar peluh dapat juga melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
Boleh juga mengeratkan silaturahim sesama keluarga atau pun jiran.
20 tahun dahulu (masa belajar di Jepun) aku juga pernah terjebak dengan aktiviti ini. Itu pun sebab nak pergi beli beras di kedai yang berhampiran dengan kawasan rumah.
Takkan nak bawa balik beras sambil pikul kat belakang. Tak larat der. Basikal adalah satu keperluan untuk aku pada masa itu.
Beli Basikal Online
Cerita nya sekarang ini, dekat mana nak beli basikal? Sama ada nak beli basikal online atau pun offline di kedai basikal yang berdekatan.
Kelemahan Beli Basikal Online
1. Kalau kita beli basikal secara online, tak dapat nak sentuh dan cuba basikal yang ingin kita beli.
2. Masa penghantaran yang agak lama berbanding kalau beli basikal secara offline di kedai yang berhampiran.
3. Tak dapat nak bandingkan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain. Kalau rajin apa salahnya. Cuma masa kita akan banyak terbuang dengan mencari harga basikal yang murah dari satu kedai ke kedai yang lain.
4. Tuan kedai basikal tak kenal dengan pembeli. Tak dapat nak berbual mesra antara pembeli dan penjual.
Kelebihan Beli Basikal Online
1. Boleh buat perbandingan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain.
2. Dapat mengurangkan jangkitan covid-19 buat masa sekarang ini. Maklumlah kes sudah mencanak naik sehingga hari ini.
3. Boleh baca review dari pelanggan yang membeli di kedai basikal sebelum ini. Sama ada baik atau pun buruk layanan dari tuan kedai.
4. Jimatkan masa dari segi pencarian model basikal yang kita inginkan.
5. Dapat tawaran harga yang tidak dijangka dari tuan kedai.
Jenis-jenis basikal yang ada dijual di Malaysia.
Dari segi jenis basikal pula, boleh dibahagikan kepada 5 model yang agak popular di Malaysia pada hari ini. Senarai di bawah ni tak termasuk basikal makcik-makcik yang ada bakul di depan.
Basikal Mountain Bike
Basikal Mountain Bike |
Basikal jenis ini sesuai untuk yang suka kan aktiviti lasak. Seperti lalu dekat jalan yang berliku macam dalam hutan. Harga basikal mountain bike ini bermula dari RM300 ~ RM3000 mengikut spefikasi yang ada.
Basikal Lumba
Basikal Lumba |
Jenis ni pula untuk yang suka berlumba di jalan raya, seperti yang ada di dalam pertandingan lumba basikal antarabangsa. Harga bermula dari RM500 ~RM5000.
Basikal Lipat
Basikal Lipat |
Basikal lipat ni sesuai untuk yang ingin kan aktiviti santai sambil menghirup udara segar. Boleh juga dipakai untuk ke kedai membeli cincau. Harga basikal ni pun boleh tahan murah nya. Bermula dari RM300 ~ RM4000.
Basikal BMX
Basikal BMX |
Basikal yang ini pula untuk yang suka kan aktiviti extreme atau pun freestyle. Aku pernah guna basikal ini masa remaja seketika dahulu. Harga basikal ini pula boleh dapat di bawah RM1000.
Basikal Lajak
Basikal Lajak |
Basikal yang ini aku tak rekomen untuk beli bagi yang dah berumur macam jiran sebelah rumah aku. Budak-budak sekolah boleh lah untuk basikal yang jenis ini. Dari segi harga pula boleh dibeli bawah RM700.
Jadi kesimpulannya, keputusan untuk beli basikal online atau pun offline terletak pada diri masing-masing. Tak kisah lah nak beli basikal mountain bike, basikal lumba, basikal lipat, basikal bmx atau pun basikal lajak.
Tepuk dada tanya selera.
Majulah Sukan Basikal Untuk Negara!!
0 comments