Bisnes Jual Air Balang Semakin Menjadi Tarikan Rakyat Malaysia Untuk Meraih Pendapatan

11:50 AM

Jual air balang


Bisnes jual air balang
semakin menjadi perhatian rakyat Malaysia untuk meraih pendapatan yang lumayan. Lihat saja di bazar-bazar Ramadan yang lepas, bermacam-macam jenis air yang dijual. Dari air milo hingga ke air buah-buahan. 

Bazar Ramadan 2021 Sekitar Kajang 

Untung sangat ke jual air balang ni? 

Sebelum memulakan bisnes air balang, meh sini aku terangkan sikit tentang jumlah modal yang diperlukan. 

Modal Jual Air Balang

Kalau nak dikira kan dari segi kos boleh dibahagikan kepada 2. Iaitu Modal permulaan dan juga modal harian

Modal permulaan : 

  • 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  •  1 set meja: RM50-RM100
  • 3-4 balang air (jenis kaca) : RM120-130 (per balang)
  • 2 kerusi : RM 10-RM20
  • 1 alas meja : RM30-RM40
  • 1 senduk air gula: RM10- RM20
  • 1 unit bekas air gula: RM5-10
  • 1 pek cup  Air: RM11-15(Per pack )
  • Getah pengikat: (RM5)
  • 4 senduk air balang: (RM6-10 per unit)
  • 1 dozen Straw: RM 5-6
  • Plastik bungkus
  • Lain-lain material : RM40

Jumlah keseluruhan adalah sekitar RM800

Modal Harian :

Dari segi kos untuk membeli bahan-bahan membuat air pula adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Bergantung juga kepada jenis air yang ingin dijual. Jika ada 5 balang, maka modal harian RM20 x 5 = RM100. 

Untung Jual Air Balang

Anggaran satu cup air berharga RM3 X 100 orang = RM 300. Jadi, dalam sehari boleh dapat RM300, dalam sebulan RM300 X 20 hari = RM 6000.

Ini adalah aggaran keuntungan kasar sahaja. Tak termasuk lagi dengan keadaan cuaca yang tak menentu. Seperti hujan. Untung akan menjadi semakin kurang. 

5 Tips Jual Air Balang

Selain dari menjual di bazar Ramadan, bisnes air balang boleh juga dijadikan pendapatan tetap bagi yang kehilangan pekerjaan akibat covid-19 yang melanda dunia sekarang ni. 

Boleh ikut beberapa tips yang aku kongsikan di sini :

1. Jual di jalan utama keluar masuk

Pilih lokasi yang berada di jalan keluar masuk kawasan perumahan seperti taman, kampung, flat/apartment dan lain-lain. 

2. Laluan Orang Balik Kerja

Pastikan lokasi yang dipilih tidak menganggu aliran trafik. Nanti tak pasal-pasal kena saman dengan majlis perbandaran. 

3. Kawasan Mudah Parking

Parking juga penting untuk memastikan orang ramai singgah di kedai. Cuba bayang kan kalau tiada parking di situ. 

4. Gantung Banner

Banner ini penting untuk menarik perhatian orang ramai akan kewujudan kedai. Memudah kan orang untuk mengenal pasti jenis air yang dijual. Dapat juga jaga imej peniaga. 

5. Konsisten

Konsisten adalah salah satu kunci kejayaan dalam perniagaan. Sampai orang boleh ingat yang kita menjual air balang di kawasan tersebut. 

You Might Also Like

0 comments