Jalan-jalan ke Legoland Malaysia Johor Bahru di Musim Cuti Sekolah

12:27 PM

Sempena cuti sekolah yang baru bermula untuk tahun 2023 ni, aku bawa keluarga pergi jalan-jalan ke Legoland Malaysia yang terletak di Johor Bahru. 

Sebelum ni aku tak tahu pun yang Legoland Malaysia ada 3 tempat yang berlainan untuk dikunjungi. Iaitu Legoland Water Park, Legoland Sealife dan Legoland Theme Park. 

Legoland Malaysia

Harga tiket masuk ke Legoland Malaysia

Ketiga-tiga tempat ini memerlukan tiket masuk yang berlainan. Waktu operasi untuk ketiga-tiga tempat ini adalah dari 10 pagi sehingga 6 petang. Pukul 5 petang adalah waktu terakhir untuk masuk ke taman tema ini. 

Bergambar di depan pintu masuk Legoland

Jadi, aku beli 'annual pass' untuk masuk ke Legoland Theme Park. Aku beli yang 'single park pass' sahaja. Belum terfikir lagi untuk beli 'triple park pass'. Tapi boleh upgrade nanti bila-bila masa nak masuk ke 2 lagi taman tema. 

Pada aku berbaloi untuk beli 'annual pass' ni sebab bila-bila masa sahaja boleh datang ke sini. Cuma tak boleh datang di bulan 3 dan bulan 12. Mungkin musim cuti sekolah agaknya. Tapi apa ada hal, bukan nak datang masa cuti sekolah pun akan datang. 

Mujur aku datang musim cuti sekolah kali ini tak ramai pengunjung yang hadir. Jadi takde lah waktu menunggu untuk bermain tu lama sangat. 

Artikel Lain : Homestay Iskandar Residence Medini

Hari Pertama di Legoland Malaysia

Tiket Legoland ni aku beli secara online di laman web Legoland Malaysia. Harga agak keras sikit. Jika ingin masuk Legoland untuk tempoh 1 hari boleh bandingkan harga dengan Klook. 

Guest Service untuk buat tiket annual pass

Lepas tebus tiket masuk di kaunter tiket, kena pergi pula ke servis ofis di bahagian masuk Legoland. Ramai juga yang buat tiket 'annual pass' masa tu. Kena isi borang yang diberikan kemudian beratur dan ambil nombor untuk tangkap gambar untuk kad 'annual pass'. Dekat sini sahaja dah buang masa hampir 40 minit. 

Gambar dengan Lego Panda

Bergambar dengan Kuda Lego

Bergambar depan pentas yang takde apa-apa show pun masa ini.

Selesai sahaja proses tadi, sempat juga ambil beberapa keping gambar dekat pintu masuk. Kemudian teruskan perjalanan jalan-jalan ke Legoland Malaysia dengan menghala ke arah kiri Legoland. Iaitu bermula dengan roller coaster yang agak pendek. Tak sampai 1 minit pun dah abis. Tapi diorang buat 2 round untuk sekali naik. 


Gambar depan muka Einstein

Berjalan lagi menuju ke muka Einstein yang besar. Ambil gambar lagi sebelum meneruskan perjalanan. Rasanya tak banyak pun benda yang boleh cuba kat sini. Sebab ada yang masih lagi dalam proses penambahbaikan. 

Gambar lagi depan The Dragon

Ambil gambar depan The Dragon sahaja. Tak berani nak naik roller coaster tu lagi. Aku rasa roller coaster ni yang paling panjang kot kat Legoland ni. 

Tempat untuk smoking bagi smoker. 

Ada juga disediakan tempat 'smoking area'. Yang mana smoker tu boleh lah berehat sebentar kat sini. Tempat-tempat lain dilarang sama sekali untuk merokok. Please behave! 

Gambar depan Imagination

Kemudian kami terus ke bahagian 'imagination'. Kat sini ada beberapa tempat yang menarik perhatian. Contohnya buat lego kereta lumba. Disediakan juga litar untuk test kereta yang telah dibuat daripada lego. 

Tengah buat kereta yang paling laju dengan lego ni.

Disebelah lego kereta ni ada menara untuk naik ke atas macam Menara Taming Sari di Melaka. Boleh lihat sekeliling kawasan Legoland. Tak sempat nak ambil gambar kat sini. Ada Video sahaja. 

Kemudian boleh tengok filem dalam bentuk 4D di bahagian kiri menara tadi. Filem lebih kurang 15 minit juga lamanya. Kena tengok dengan cermin mata 4D yang disediakan. Orang memang ramai kat sini, tapi jangan risau tempat memang luas macam panggung wayang GSC. 

Kuda Lego diatas Rel

Ada juga disediakan kuda untuk kanak-kanak. Boleh lah rasa naik kuda lego diatas rel yang disediakan. 

Gambar dalam Legoland Ekspress

Kemudian kami terus pergi ke Legoland Ekspress. Kat sini boleh tengok kawasan sekeliling dalam Legoland. Mungkin ada perasan ada tempat yang belum dilawati lagi.

Bergambar dihadapan NinjaGo Legoland

Memandangkan hari pun dah nak petang, masing-masing pun dah kelaparan, kami pergi ke tempat yang terakhir iaitu di NinjaGo dan Bettle Bounce.  

Kat Ninjago macam dalam game. Kena lawan dengan musuh dengan memakai cermin mata 3D. Kalau tak pakai tak akan nampak musuh didepan. Lagi banyak musuh yang dibunuh lagi banyak markah yang diperolehi. 

Jumlah skor akan terpampang di depan skrin. Boleh juga beli gambar setelah selesai berlawan dengan musuh di kaunter semasa jalan keluar dari NinjaGo. 

Hari Kedua di Legoland Malaysia

Di hari kedua ni tak banyak sangat tempat yang ingin dilawati. Memang sudah plan dari semalam. Hanya 2 tempat sahaja yang belum pergi iaitu di Driving School dan Boating School. 

Driving School di Legoland

Kedua-dua tempat ni dekat sahaja dengan pintu masuk Legoland. Kalau dari pintu masuk boleh menghala ke aradh kanan. Berdekatan dengan kedai cenderamata Legoland. 

Dekat driving school  ni ada syarat-syarat yang utama perlu diambil kira. Seperti umur kanak-kanak hendaklah melebihi 6 tahun. Jika kurang, tak dapat untuk ambil lesen di sini. 

Untuk kanak-kanak yang umur 6 tahun ke bawah boleh cuba bawa kereta di sebelah Driving School ni. Jalan pun senang. Lurus sahaja. Tiada lampu trafik. 

Boating School di Legoland

Selesai ambil lesen dan bawa kereta di Driving School, kami terus ke Boating School pula untuk menaik bot. Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah kena ada penjaga disebelah untuk bawa bot. Kanak-kanak perlu memakai 'Life Jacket' atas aspek keselamatan. 

Fasiliti di Legoland Malaysia

Surau di Legoland

Dari segi kemudahan awam, memang terbaik untuk yang nak jalan-jalan ke Legoland Malaysia. Ada 2 surau yang disediakan di dalam kawasan taman tema ini kalau tak silap. 

Sempat bergambar di dalam toilet Legoland

Toilet juga cemerlang siap ada penghawa dingin di dalam. Kalau rasa cuaca panas sangat di luar, boleh lah singgah di dalam toilet sebentar sambil cuci muka. 

Untuk kegunaan pelawat OKU dan Stroller

Bagi pelawat yang menggunakan kerusi roda dan yang menggunakan stroller untuk anak kecil ada disediakan tempat khas untuk naik ke Legoland dari kawasan parking. 

kawasan parking Legoland

Satu je aku rasa keburukan kat Legoland ni adalah kawasan parking yang tak terjaga. Dimana kawasan parking yang berbatu. Takut ada benda lain selain batu seperti benda tajam. Harga parking RM10 untuk sehari. Pada aku ok lah dengan harga tu. 

Sempat juga buat video untuk trip ke Legoland kali ini. 




You Might Also Like

0 comments