Motosikal Yamaha Lagenda 115z Piston dan Ekzos Valve Terbakar

10:07 AM

Kejadian berlaku di waktu malam selepas aku rasa ingin ke kedai tujuh sebelas untuk mencari kudap-kudap untuk mengurangkan kelaparan yang melanda di ketika itu. 

Mulanya memang tak perasan motor ada masalah. Sebab boleh 'start' macam biasa. Cuma masa hendak meningkatkan kelajuan kepada 80 km/h terasa kosong dan enjin terus mati. 

Aku cuba 'start' dengan butang 'starter' di bahagian kanan seperti biasa, tak hidup. Cuba pula dengan 'kick starter', pun tak boleh. 

Mujur ada rakan yang baik hati ingin menolong aku dengan menunda motor aku dengan kaki. 

Selamat sampai rumah malam tu. Aku parking di tempat letak motosikal di 'Ground Floor'. Tidak seperti biasa aku parking motor di tingkat 2. Mudah untuk urusan aku di keesokan hari. 

Kedai Motor di Bandar Teknologi Kajang

Pagi itu aku bawa motor yang rosak ke bengkel yang terletak di Bandar Teknologi. Sampai sahaja di bengkel motor, aku ceritakan perihal motor yang rosak. 

Jadi, kena tinggalkan motor di bengkel selama beberapa hari. Patah kaki sekejap. Masa ni aku belum lagi buat lalamove dan grabfood rider. 

Ekzos Valve Piston Terbakar
Piston dan Ekzos Valve Terbakar

Setelah dibuka enjin motor aku, pomen motor tadi telefon bagitahu piston dan ekzos valve terbakar. 2,3 hari juga baru motor aku boleh diselesaikan. 

Setelah dikira-kira kesemuanya, hampir Rm600 nilai yang aku kena bayar untuk masalah motor aku kali ini. Agak rumit juga rasanya untuk menyelesaikannya. 

Aku pun takde survey dekat kedai motosikal yang lain untuk perbandingan. Bayar sahaja jumlah yang perlu dibayar. Asalkan aku boleh guna semula motor ini untuk kegunaan harian. 

Kalau nak jimat lagi boleh cuba untuk buat sendiri sahaja. Beli sahaja barang di shopee dan kemudian buka komponen enjin. 

Jika tengok harga barang di shopee, untuk piston Yamaha Lagenda 115z berharga lebih kurang Rm45 ke Rm60 mengikut brand atau pun bajet sendiri. 

Manakala untuk Ekzos valve pula takde lah mahal sangat dalam RM10 ke bawah. 

Jadi pilih lah mana satu yang sesuai untuk diri sendiri. Nak buat sendiri pun boleh jika ada kemahiran atau pun hantar sahaja di kedai motor dan setel. 

Tepuk dada tanya selera. Selera masing-masing tak sama. 


You Might Also Like

0 comments