Daftar Lalamove Rider/Driver Untuk Buat Kerja Secara Sambilan Atau Sepenuh Masa
10:14 AMJadi, aku daftar Lalamove Rider dan cuba untuk buat kerja sambilan sebagai rakan penghantar barang dengan Lalamove.
Kenapa Lalamove?
Satu yang aku suka dengan Lalamove adalah masa dan kerja yang fleksibel. Kita tentukan sendiri bila yang sesuai untuk buat kerja hantar barang.
Kerja pun boleh pilih. Nak yang dekat atau jauh. Ikut pilihan masing-masing. Tiada paksaan kerja.
Daftar Lalamove Rider/Driver
Secara umum ramai yang mengetahui Syarikat Lalamove ini. Mereka menyediakan platform penghantaran barang secara online tanpa cuti. 24 jam bekerja. Syarikat ini beroperasi di bandar di seluruh Asia dan Amerika Latin yang menghubungkan lebih 7 juta pengguna dengan lebih 700,000 pemandu penghantaran.
Syarat Menjadi Rakan Penghantar
Ada beberapa syarat yang sangat minimum untuk menjadi rakan penghantar Lalamove.
1. Memiliki Kenderaan.
Ini merupakan syarat yang paling asas untuk menjadi rakan penghantar. Kalau tiada motosikal, kereta, van atau pikap bagaimana sesuatu kerja ingin dijalankan.
2. Umur dan Lesen
Umur mestilah 18 tahun dan ke atas. Bagi adik-adik yang ada lesen tapi belum lagi sampai umur 18 tahun disarankan supaya belajar rajin-rajin dahulu. :-) Jika mempunyai van atau lori lesen GDL diperlukan untuk mendaftar.
0 comments