Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Fasih Cakap Jepun Dalam Perbualan Harian

12:32 PM

Fasih Cakap Jepun


Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa lama kah masa yang diperlukan untuk
fasih cakap jepun untuk kegunaan perbualan harian. Pada aku benda ni adalah subjektif, bergantung kepada individu itu sendiri. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat. 

Pengalaman Belajar Bahasa Jepun

Dari pengalaman aku belajar bahasa Jepun di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun pada 20 tahun yang lepas, dalam masa 3 bulan sahaja sudah boleh bercakap dengan sensei(cikgu) dalam bahasa jepun. 

Tapi kena ingat juga, program aku sebelum ini memang dikhaskan untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sana. Sama juga program di AAJ (Ambang Asuhan Jepun) di UM. 

Jadual yang ketat dan padat setiap hari belajar bahasa jepun membuatkan kepala hotak kadang-kadang jadi tak menentu. Bayangkan kelas dari pagi sampai petang. Dah macam orang bekerja sepenuh masa.  

Setiap hari ada ujian kanji (chinese character) yang perlu dihadap oleh semua pelajar pada ketika itu. 

Tak termasuk lagi ujian tatabahasa dan juga pemahaman. Haaa... 

Belajar Bahasa Jepun Mudah

Sebelum belajar bahasa Jepun ni, perlu kenal dahulu dengan tulisan Jepun. Kalau tidak, macam mana nak sebut perkataan yang di ajar. 

Dalam tulisan Jepun ada 3 jenis yang perlu diketahui. Iaitu Hiragana, Katakana dan juga Kanji. 

Tulisan Hiragana
Tulisan Hiragana


Tulisan hiragana digunakan untuk menyebut sesuatu jenis kanji. Misalnya Tokyo dan Osaka. Perkataan Tokyo ( 東京) dan Osaka ( 大阪) dalam bentuk kanji. Untuk menyebutnya kita perlu faham dengan sebutan hiragana dahulu.  

Tulisan hiragana digunakan bagi perkataan yang ada di dalam Jepun sahaja. 

Tulisan Katakana
Tulisan Katakana

Manakala tulisan katakana, digunakan untuk perkataan yang tiada di dalam Jepun. Seperti nama seseorang dan juga perkataan bahasa Inggeris. 

Contoh perkataan Bahasa Inggeris ialah pizza. Maka akan ditulis dengan katakana ピザ . 

Tulisan Kanji
Tulisan Kanji

Tulisan Kanji ni berasal daripada Chinese Character. Tetapi agak mudah sikit berbanding dengan Tulisan Cina yang asal. Jumlah stroke yang digunakan tidak terlalu banyak seperti dalam tulisan Cina. 

Jumlah tulisan kanji yang perlu dihafal oleh pelajar pada masa itu adalah sebanyak 2000 jenis. Jumlah keseluruhan kanji pula lebih daripada itu. Tapi memadai untuk sambung belajar ke Jepun. Selebihnya boleh belajar sendiri di sana. 

Cara Mudah Untuk Fasih Cakap Jepun

Mengikut pengalaman aku, terdapat beberapa cara mudah untuk kita fasih berbahasa Jepun dalam perbualan harian. 

Antaranya adalah rajin-rajin kan lah diri untuk tengok drama-drama Jepun yang ada. Sebab bahasa yang digunakan dalam drama Jepun sangat mudah untuk di fahami. Boleh dijadikan rujukan untuk bercakap. 

Bagi yang suka tengok anime Jepun, ini lah peluang untuk belajar bahasa jepun dengan cepat. Walaupun bahasa yang digunakan di dalam anime agak kasar, boleh juga digunakan dalam perbualan harian sesama rakan. 

Cara yang ketiga pula, carilah seorang kawan Jepun. Bagi aku cara ini adalah yang paling cepat untuk fasih berbahasa Jepun. Sebab orang Jepun ni diorang memang takkan cakap bahasa lain selain bahasa Jepun. 

Contoh Perbualan Harian Mudah

Melalui pengalaman aku yang pernah tinggal di Jepun, orang Jepun ni ada tabiat yang tersendiri dalam perbualan harian mereka. Contoh perbualan yang biasa kita akan dengar adalah. 

1. Selamat Pagi ?  > Ohayou Gozaimasu (Bahasa Jepun) > Good Morning? (Bahasa Inggeris)

2. Apa Khabar?     >    Ogenki Desuka (Bahasa Jepun)    > How Are You ? (Bahasa Inggeris)

3. Salam Perkenalan > Hajimemashite (Bahasa Jepun)   > Nice to Meet you (Bahasa Inggeris)

Untuk belajar lebih mendalam tentang perbualan harian ni, boleh belajar sendiri di youtube ataupun ambil kelas bahasa Jepun. 

Bila dah mahir sikit dalam bahasa Jepun ni, boleh lah pergi melancong ke Jepun tanpa memerlukan tour guide. 

Itu sahaja lah perkongsian aku setakat ini bagi yang rasa berapa lama masa yang diperlukan untuk fasih cakap jepun. 

Selamat Maju Jaya. Majulah Sukan Untuk Negara !!

You Might Also Like

0 comments