Kali Pertama Jual Kereta Terpakai di My Tukar TTDI Kajang
11:39 AMKenapa aku guna My Tukar dan bukan platform yang lain?
Ada beberapa kelebihan My Tukar iaitu:
1. Pemeriksaan dan Penilaian kereta secara PERCUMA.
2. JPJ dan Puspakom diuruskan sepenuhnya.
3. Dijual dalam masa 24 jam.
4. Pembayaran pantas.
![]() |
My Tukar TTDI Kajang |
Sebelum pergi ke My Tukar, aku telah buat temujanji terlebih dahulu. Tak sangka pula boleh buat temujanji pada hari Ahad. Lagi dapat memudahkan untuk orang seperti aku datang ke My Tukar.
Sampai sahaja di "My Tukar Inspection", inspector dari My Tukar membuat pemeriksaan terhadap kereta yang ingin dijual.
![]() |
Kereta yang sedang diperiksa oleh My Tukar |
Lama juga pemeriksaan yang dibuat. Kurang lebih 1 jam. Tempat menunggu pun agak selesa, cuma takleh minum sahaja di bulan puasa yang mulia ini. Heh.
![]() |
Ruang Menunggu |
Selesai sahaja pemeriksaan kereta, " Customer Service" akan telefon dan memberitahu berapa harga yang mereka setuju untuk beli kereta tersebut.
Dalam masa 24 jam juga pihak My Tukar telah memberitahu harga mereka. Jika tidak bersetuju dengan harga tersebut, mereka menyarankan untuk masuk "bidding". Di sini, ramai "car dealer" yang akan mem"bid" kereta yang ingin dijual.
"Bidding" ni lebih kurang macam "auction" atau bahasa Melayu dipanggil lelong. Siapa yang letak harga yang tinggi, dia akan dapat. Sama seperti beli rumah lelong. Cuma proses "bidding" My Tukar dijalankan secara online.
![]() |
Harga Masuk Bidding |
Hati aku masih lagi berdebar, ada atau tiada orang yang ingin membeli kereta ini. Lebih kurang 5 minit sebelum berakhirnya "bidding", ramai yang masuk untuk "bid" harga.
Harga Selepas Bidding |
Alhamdulillah, sampai juga target harga yang aku inginkan. So, lepas ni aku kena pergi ke bank untuk membuat bayaran penuh. Harap dapat selesaikan sebelum Hari Raya yang bakal menjelang.
Di My Tukar ini, ada disediakan "Referral Program" dimana referer akan mendapat RM200 sebagai komisyen.
Langkah-langkah untuk menyertai "Refer a Friend":
1. Pelanggan yang menjual kereta di My Tukar layak untuk menyertai program ini. (Hanya kereta persendirian sahaja)
2. Kenal kan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, kemudian whatsapp maklumat (Nama,nombor telefon dan nombor plate kenderaan) ke +0182059999 My Tukar "Customer Service"
3. Setiap kereta yang berjaya dijual, "referee" hendaklah meninggalkan review di Google atau Facebook.
4. Selepas review disahkan, "referrer" akan dapat RM200 yang akan dibayar secara online dalam masa 7 hari bekerja.
Selamat Menjual Kereta di My Tukar.

0 comments