Ambil Lalabag dan Jaket Lalamove di Lalamove Driver Center, Bumi Bukit Jalil

10:16 AM

Setelah selesai proses pendaftaran sebagai 'Lalamove Rider', benda yang paling penting untuk menjadi Lalamove Rider adalah Lalabag. Lalabag ni lebih kurang macam beg food delivery yang lain seperti 'Grab Food', 'Food Panda' dan seangkatan dengan nya. 

Dengan adanya Lalabag ini, dapat memudah kan kita untuk mengambil order. Ada sesetengah pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan Lalamove dengan menggunakan Lalabag. 

Tanpa Lalabag juga kita boleh mengambil order dari pelanggan, tetapi order adalah sangat terhad. 

Jadi, dengan itu aku membeli Lalakit. 

Lalakit ini adalah kombo Lalabag dan Lala Jacket. Jika ingin membeli Lalabag sahaja pun tiada masalah. 

Harga untuk Lalabag adalah sebanyak RM100. Lala Jacket pula RM45. Jika beli keduanya harga adalah sebanyak RM140. Ada diskaun RM5. 

Pembelian dibuat hanya melalui online sahaja. Selesai pembayaran, boleh set kan temujanji untuk mengambil bag di Lalamove Driver Center Bukit Jalil. 

Cara membuat pembelian online melalui Apps Lalamove Driver : 

1. 

Buka Profil di App Lalamove Driver dan tekan Lalakit


2. 
Tekan Lalabag dan "Continue"

3.  

Pilih tempat untuk ambil Lalabag

4. 

Pilih tarikh dan masa untuk mengambil Lalabag

5. 

Tekan "Confirm" untuk selesaikan pembelian. 

Ni baru bab pembelian sahaja dan bukan pembayaran. 

Pembayaran nanti boleh dibuat di Lalamove Driver Center dengan online banking. Agak pelik sikit sebab sampai sana nanti baru boleh buat pembayaran. 

Tak tahu kenapa pula sistem dia macam tu. 

Aku ke Bukit Jalil lebih kurang pukul 10 pagi. Sampai sahaja di sana, pihak Lalamove suruh aku membuat pembayaran dengan scan barcode yang disediakan. Boleh pilih nak buat pembayaran dengan online banking atau pun debit/kredit kad. 

Lalamove Jacket dan Lalabag

Setelah selesai pembayaran baru aku dibenarkan untuk masuk ke dalam mengambil barang yang telah dibayar. Aku membeli Lalakit kombo iaitu bag dan jaket. 

Pasang Lalabag di bawah pokok

Untuk pengetahuan, Lalabag ni kena pasang sendiri. Jadi berkumpul lah kami di bawah pohon yang rendang untuk memasang bag. 

Selesai sahaja pemasangan bag, boleh lah diikat di atas motor dan boleh mula mengambil order jika mahu. 

Siap ikat bag di atas motor.

Tapi aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah dan pergi mengambil hero-hero kecil di sekolah. 


You Might Also Like

0 comments