Cara Pasang Beg Lalamove, Beg Grab , Beg Shopee Food atau Beg Foodpanda

11:18 AM

Sepanjang buat kerja dengan lalamove, mengikut pemerhatian aku ada beberapa cara untuk pasang beg bagi penghantar makanan. Sama ada beg foodpanda, grab, shopee food mahu pun lalamove. Saiz bagi setiap beg adalah tidak sama. 

Cara paling mudah dan senang adalah dengan mengikat tali yang ada pada beg makanan dibawah seat motosikal. Maksud aku adalah di belakang tempat duduk rider. Boleh lihat pada gambar aku dibawah ini. 

pasang beg lalamove
pasang beg lalamove di motor

Cara ikat beg macam ni memang senang untuk pasang bila-bila masa yang kita suka. Masalah nye akan muncul bila kita rasa nak mengisi minyak bila motor sudah kehausan dengan petrol ron 95. 

Kalau biasa isi minyak motor dengan temph 5 minit, tetapi kali ini kena tambah masa lagi 5 minit untuk buka dan pasang kembali beg makanan ke atas motor. 


Jadi, untuk tidak membuang masa 5 minit aku di stesen minyak, aku tambah karier di atas papan kotak givi. 

Besi karier ini aku beli di shopee dengan harga RM52. Ada penambahan kos penghantaran. Tak ingat pula aku berapa. Tapi takde lah mahal sampai kena gadai maruah di media sosial. Haha.. 

besi karier beg delivery
Beli karier beg makanan di shopee

Ada dua jenis karier. Satu ada besi penghalang di keliling rangka karier. Satu lagi tiada besi penghalang, cuma rangka karier yang rata sahaja.
 
Aku beli karier yang rata. Untuk memudahkan kerja di masa akan datang. Mana tau kan kalau nak tukar beg makanan yang lain. 

Pasang Karier atas Plate Kotak Givi

Sampai sahaja besi karier di rumah, aku terus pasang di motor. Sepatut nya ada 4 skru yang mesti diikat dengan papan givi. Tetapi maklumlah, lubang skru tak boleh nak ejas. 

Jadi aku ikat lagi dengan 'cable tie' bagi mengukuhkan besi karier dengan papan givi. 

Pasang karier beg lalamove
Pasang beg lalamove di atas karier

Setelah selesai pasang karier, baru aku letakkan beg lalamove ke atas karier yang dipasang tadi. Pastikan beg delivery diikat dengan kemas supaya tidak terbang nanti dibawa angin bayu..


You Might Also Like

0 comments