Buat Kerja Part Time Sebagai Grab Food Rider

11:08 AM

Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan aku buat kerja part time sebagai Grab Food Rider. Beberapa kali juga lah aku dah gunakan duit dari kerja sambilan ni. Kerja yang sangat mudah dan senang, ambil dan hantar makanan ke pelanggan. 

Secara umumnya Grab Rider (motosikal) ada 3 kategori penghantaran. Iaitu Grab Food, Grab Mart dan Grab Ekspress. 

Bagi kategori Grab Food, ambil makanan dari vendor (restoran yang ada di dalam mall atau pun gerai kecil di tepi jalan) dan hantar ke pelanggan. 

Grab Mart pula, ambil barang runcit yang ada di kedai runcit atau pun farmasi. Pernah juga aku ambil barang di kedai di dalam stesen minyak Shell. 

Untuk kategori Grab Ekspress, kebiasaannya order dari perseorangan kepada pelanggan mereka. Seperti contoh, dokumen, buah-buahan, baju dan banyak lagi. 

Daftar Sebagai Grab Rider ( Motosikal )

Aku daftar sebagai Grab Rider di laman web mereka sendiri iaitu di Grab.com. Ada beberapa syarat utama untuk mendaftar sebagai Grab Rider. 

Benda paling utama yang perlu ada ialah Lesen Memandu yang sah. Lesen P tidak diterima. 

Yang kedua ialah cukai kenderaan motosikal yang tidak tamat tempoh. 

Sementara aku menunggu email dari Grab, aku selesaikan dahulu latihan sebagai rider di laman web grab academy. 

Ada beberapa video latihan yang perlu di selesaikan untuk menjadi seorang Grab Rider. 

Grab Authorised Alpha Driver Bandar Permaisuri, Cheras

Selesai sahaja video latihan di Grab Academy, aku terima email menyatakan untuk ambil beg dan baju di Grab Authorised Alpha Driver yang berhampiran dengan rumah iaitu di Bandar Permaisuri Cheras. 

Semasa pendaftaran, perlu bawa lesen memandu dan juga cukai motosikal yang sah. Tidak perlu salinan. 

Dan juga topup Grab sebanyak RM50 yang mana boleh dibeli di 7 Eleven. 

Sampai sahaja di sana, pihak Grab akan menolong selesaikan proses pendaftaran di telefon bimbit menggunakan aplikasi Grab Rider. Aplikasi ini boleh di "install" masa proses pendaftaran. 

Setelah selesai semuanya, boleh bawa pulang semua barang yang diambil. Untuk beg pula, aku terus sahaja pasang di sana, sebab motosikal aku memang sudah ada karier yang aku pasang di motosikal masa ambil beg lalamove sebelum ini. 

Kerja Part Time Sebagai Grab Rider

Setelah selesai proses pendaftaran, boleh lah terus mulakan kerja sambilan sebagai rakan penghantar Grab. 

Masa mula-mula aku buat kerja sebagai Grab Rider, hampir keseluruhan kawasan Lembah Klang aku pusing. Aku mulakan dari Kajang, Cheras, Petaling Jaya, Subang, dan Kuala Lumpur. 

Cuma tak sampai lagi area Rawang dan Sungai Buloh. 

Kerja yang senang dan mudah. Ambil pesanan dari vendor dan kemudian hantar ke pelanggan. Kadang-kadang sakit kepala juga bile kena sidai kat vendor. 

Bagi aku, Grab rider hanya sesuai untuk buat part time sahaja. Kalau nak buat full time sebagai rider tu kena ada 2,3 aplikasi yang lain. Seperti Shopee Food atau pun Food Panda. 

Selain Grab aku ada daftar sebagai rider lalamove. 

You Might Also Like

0 comments