Tukar Nama Motosikal di JPJ Seksyen 7, Bangi
5:02 PMPembeli motosikal aku ni bijak. Walaupun dia duduk di Klang, tetapi dapat memudahkan kerja tukar nama motosikal ni.
Dia suruh runner untuk menghubungi aku di nombor telefon yang ada padanya.
Runner ni pun aku tak kenal. Kenal pada hari tukar nama tu sahaja.
Janji aku dengan dia pada pukul 3 petang di JPJ seksyen 7, Bangi. Harap-harap orang tak ramai di waktu petang.
Jangkaan meleset. Orang sebegitu ramai ingin berurusan di sini, sehinggakan pintu terpaksa ditutup pada pukul 330 petang. Takut nanti pelanggan yang ada di dalam tidak dapat selesaikan urusan masing-masing.
Memang masa aku sampai di JPJ Seksyen 7 Bangi ni, mamat runner tu dah ada di situ.
Senang kerja. Dia tolong ambilkan nombor. Supaya dapat setel kan juga urusan pada hari ini.
Tukar Nama Motosikal di JPJ
Langkah yang pertama sebelum tukar nama, kena ada geran asal motosikal. Sayang sekali geran yang pernah aku berikan dahulu telah hilang di dalam banjir.
Jadi, aku terpaksa keluarkan geran motosikal yang baru di JPJ. Untuk keluarkan geran baru, tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter. Boleh sahaja dibuat di Kiosk JPJ yang disedikan.
Kiosk JPJ |
Cucuk sahaja kad pengenalan di Kiosk JPJ ni, akan keluar geran yang kita inginkan. Sebelum tu masukkan nombor pendaftaran kenderaan yang diinginkan.
Sebelum geran baru dikeluarkan, ada caj yang perlu dibayar. Untuk geran motosikal ni, kena bayar sebanyak RM20. Boleh dibayar menggunakan debit/kredit kad.
Caj geran baru ini dibayar oleh pembeli motosikal aku.
Selesai sahaja urusan geran, aku hanya perlu menunggu nombor di kaunter untuk urusan tukar nama motosikal. Hampir sejam juga nak menunggu nombor giliran.
Alhamdulillah, sebelum pukul 430 petang urusan aku tukar nama motosikal pun selesai.
0 comments