Jalan-jalan Cuti sekolah di Ayer@8 Putrajaya
9:47 AMCuti sekolah yang lepas aku takde idea untuk bawa anak-anak ke mana-mana. Lagipun cuti dah nak habis. Sempat bawa pulang ke kampung halaman sekejap. Aku pun google lah tempat yang dekat dari rumah untuk bersantai di waktu malam. So, aku terjumpa dengan Ayer@8 yang terletak di Putrajaya.
Sebelum ini aku tak pernah sampai pun di Ayer@8 ni. Tengok dari gambar google macam menarik. Jadi aku bawa keluarga ke Putrajaya malam tu.
Jarak perjalanan dari rumah aku kurang lebih 30 minit. Sampai sahaja di Ayer@8 Putrajaya, kelihatan lambakan kereta yang parking dan tak kurang juga yang mencari parking.
Alhamdulillah dapat juga aku parking yang sesuai. Memang dekat dengan Mokti's.
Ayer@8 Putrajaya
![]() |
Ayer@8 Putrajaya |
Aku pun tak tau kenapa tempat ni namanya Ayer@8. Mungkin berdekatan dengan tasik yang berhampiran.
![]() |
Kawasan Tasik Yang Berhampiran |
Hiasan lampu-lampu yang menyinari di waktu malam memang sesuai untuk bergambar di sini. Bagi yang ada ongkos lebih, boleh lah menyewa kenderaan yang berlampu. Seperti basikal 2 roda, 4 roda dan skuter.
![]() |
Basikal 6 Tempat Duduk |
Pada asalnya memang aku nak menyewa basikal 6 tempat duduk. Tapi malangnya, basikal tu dah kehabisan orang sewa.
Kedai Mokti's
![]() |
Kedai Mokti's |
Kedai Mokti's ni adalah kedai aiskrim gula apong. Owner dia ialah pasangan rancangan Semanis Kurma.
![]() |
Aiskrim Gula Apong |
Aku pun order aiskrim yang direkemenkan. Rasa sesudu nak bersudu-sudu lagi. Tapi cukuplah setakat secawan sahaja. Orang cakap malam-malam tak elok makan aiskrim. Nanti cepat sejuk.
Lepas sahaja makan aiskrim aku terus pulang ke rumah untuk dapatkan rehat yang sebenar.

0 comments