Pergi ke Kedai Kasut Bundle Jalan Reko Thop Bundle Kajang

10:07 AM

Semalam sempat juga aku singgah di kedai kasut bundle di Jalan Reko Kajang. Nama kedai bundle tu Thop Bundle Kajang. Selama ni aku pernah juga masuk ke kedai baju bundle. Cuma kali ini aku masuk ke kedai bundle yang hanya menjual kasut sahaja. 

Barang bundle ini adalah barang-barang yang pernah diguna atau dipakai oleh tuan punya sebelum ini. Bahasa paling mudah untuk sekarang ni adalah "preloved". 

Ada pelbagai kategori barang-barang bundle ni. Ada t-shirt, sweatshirt, hoodie, kasut, baju kanak-kanak, seluar jeans, topi dan juga beg tangan. 

Kedai Kasut Bundle Kajang

Sebelum ke kedai kasut bundle ni, memang aku google dahulu mencari kedai kasut bundle yang berdekatan dengan rumah. Jadi terjumpa lah dengan Thop Bundle Kajang yang terletak di Jalan Reko. 

kedai kasut bundle Kajang
Thop Bundle Kajang

Tujuan asal adalah untuk mencari kasut bola untuk anak aku. Sebelum ni aku pernah beli kasut bola murah di Sports Direct.  Yang ni aku beli kasut bola baru. Kali  ini cuba untuk mencari kasut murah kalau-kalau ada di sini. 

Jarak rumah aku dengan kedai kasut bundle ini lebih kurang 15 minit dengan menaiki kereta. Aku pergi pada waktu petang pada pukul 3 lebih. Orang pun tak berapa ramai dalam kedai. Parking pun senang dapat waktu-waktu begini. 

Kasut Bundle
Pelbagai Pilihan Kasut Bundle

Sampai sahaja di kedai, memang rambang mata untuk memilih. Anak aku mencari kasut yang diinginkan. Malang nya tiada saiz dan design yang nak dibeli. 

Harga kasut di kedai ni pun tidak berapa mahal dan juga tak berapa murah. Boleh dikatakan harga nya adalah purata. 

Memandangkan tiada kasut bola yang dapat dicari, jadi anak aku mencari kasut biasa untuk dibawa berjalan. 

Terjumpa lah dengan kasut Nike Air Jordan dan Adidas Stan Smith design lama (Lupa nak ambil gambar kasut yang dibeli). Harga kasut sebanyak RM68 sepasang. Ok lah harga ni pada aku. 

Next time boleh datang lagi ke sini jika ada masa. 

You Might Also Like

0 comments