Homestay Iskandar Residence Medini Johor Bahru Berdekatan Dengan Legoland Malaysia
12:30 PMDua hari lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Legoland Malaysia sempena cuti sekolah yang baru bermula. Aku tinggal di homestay Iskandar Residence Medini di Kota Iskandar yang mana berdekatan dengan Legoland Malaysia.
Aku bertolak dari rumah selepas Zohor dan sampai di sana lebih kurang pukul 6 lebih hampir ke pukul 7 malam. Memakan masa lebih kurang 4 jam juga untuk sampai di sini.
Harga aku sewa homestay ni adalah dalam RM350 untuk 2 malam melalui laman web Air BnB. Berbaloi juga kalau nak dibandingkan dengan Legoland Resort.
Artikel Lain : Jalan-jalan ke Legoland Malaysia
Homestay Iskandar Residence Medini
Nak cari homestay ni takde lah susah sangat sebab memang ada signboard Iskandar Residence di kawasan luar kondo. Cuma kena bagitahu dekat pengawal yang bertugas yang kita menginap di Homestay.
Seperti biasa masuk ke kondo-kondo yang lain, urusan pendaftaran dibuat sebelum masuk ke kawasan rumah.
Pengawal pun ambil lesen memandu dan daftarkan plat no kenderaan. Kemudian dapat satu kertas yang sebesar A4 yang siap laminate. Tertulis Homestay Visitor. Kertas ini hendaklah dipamerkan di dalam kereta semasa parking di dalam kawasan perumahan. Jika tidak, kebarangkalian kereta untuk diclamp oleh pengawal amat tinggi.
Ambil 'Access Card' di Mail box Iskandar Residence Medini |
Selesai ambil pas masuk, kena pergi ambil 'access card' di mail box owner yang terletak di level G. Agak pening juga nak cari pada permulaan. Tapi bila dah jumpa baru lega.
Check in juga perlu dibuat selepas ambil 'access card'. Kena ambil gambar 'access card' depan mail box.
Kemudian tiba masa nak cari petak parking pula. Parking kawasan rumah ni agak rumit sikit nak cari. Sebab parking pelawat terletak di level P2 dan P3. Aku ambil masa agak lama juga untuk mencari petak parking. Owner hanya suruh parking di level P2. Yang mana aku tengok takde tulis pun tanda "visitor" di P2.
Parking Kereta di Level P3 Visitor |
Terpaksa pula aku bertanya dengan pengawal yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu. Pengawal kata tak kisah parking mana-mana. Selagi mana ada tanda "visitor" tu boleh sahaja parking. Jadi aku parking di level P3. Senang.
Sesudah parking, mula lah aktiviti untuk bawa masuk barang-barang dari kereta ke rumah penginapan. Mujur anak-anak aku semua dah boleh bawa beg masing-masing. Mudah sikit kerja.
Homestay yang aku sewa ni terletak di level 21. Sebanyak 4 lif disediakan untuk naik ke atas. Jadi takde lah lama sangat untuk menunggu.
Fasiliti Iskandar Residence
TV juga boleh tengok siaran dari Netflix dan juga Youtube. Sebab ada Wifi disediakan untuk tetamu yang hadir. Tapi, paham-paham sahaja lah kalau dah guna 5 gajet untuk wifi, memang imternet agak slow.
Mesin basuh yang disediakan. |
Jika anda rajin untuk membasuh baju, ada juga disediakan mesin basuh di luar kawasan dapur. Tak pasti sekali dryer atau pun tidak sebab aku takde masa nak menggunakannya.
Fasiliti yang lain ada juga kolam renang, gym dan dewan untuk bermain badminton. Yang mana aku pun tak sempat untuk menggunakan sebab banyak habiskan masa kat luar. Balik pun dah penat.
Sekian sahaja penginapan aku selama 3 hari 2 malam di homestay Iskandar Residence Medini di Kota Iskandar ini.
0 comments