Kereta Nissan Serena C27 Gearbox Oil Cooler Bocor di Lebuhraya Utara Selatan
Alkisahnya hari Sabtu lepas, semasa dalam perjalanan aku menuju ke Kolej Matrikulasi Gopeng. Satu perkara yang tak diduga terjadi. "Gearbox Oil Cooler" Nissan Serena C27 aku bocor.
Pada mulanya aku cuma perasan ada kesan minyak pada rim sukan 17 inchi. Ingatkan absorber kereta yang bocor. Mujur lah ada kawan yang perasan,minyak bocor dari arah bumper depan kereta.
Apa lagi, terus mencari di mana tempat yang bocor sebenarnya. Dan jumpa tempat bocor di "oil cooler gearbox".
Apa nak buat? Benda macam ni memang akan membuatkan kepala aku pening sikit untuk menyelesaikannya.
Untuk memudahkan kerja, aku gerak perlahan-lahan untuk keluar dari lebuhraya. Lupa lak tadi nak bagitau, yang aku berhenti di RnR Tapah untuk singgah rehat.
Dari RnR Tapah, aku mulakan perjalanan dengan perlahan. Perjalanan lancar sahaja pada awalnya. Di tengah-tengah perjalanan, kereta mula tak boleh nak tekan pedal minyak.
Benda macam ni dah biasa terjadi dengan kereta Serena C27 ni. Biasanya aku akan ON/OFF kan kereta. Yang paling terbaik benda ni jadi sebelum susur naik Gua Tempurung.
Bagi signal ke kiri dan perlahan kan kereta. On "double signal". Parking sekejap dan kemudian Off kan enjin kereta.
Selepas itu baru ON kan kereta semula. Alhamdulillah enjin hidup, tapi tak boleh nak bergerak laju macam biasa.
Kereta boleh bergerak selaju 20 km/h sahaja. Bayangkan lah naik Gua Tempurung dengan kelajuan 20km/h. Memang tak boleh nak dibayangkan selagi tak kena pada diri sendiri.
Baru lah kau tau yang sebenarnya kelajuan lori di atas lebuhraya ni memang lah laju. Tambah pula bila turun dari Gua Tempurung.
Dengan keadaan lebuhraya yang agak sesak pada hari Sabtu, dapat juga aku bawa kereta keluar dari lebuhraya ke Exit Gopeng.
Masa dalam lebuhraya tadi, sempat juga aku mencari di Google bengkel yang berhampiran dengan Exit Gopeng.
![]() |
| Gopeng Success Auto Car Workshop |
Ada 2 bengkel yang berhampiran dengan Exit Gopeng. Satu bengkel buka 24 jam dan satu lagi buka sampai pukul 9 malam.
Jadi, aku pilih la yang buka sampai 9 malam. Lagi pun, review di Google agak memuaskan walaupun tak puas sebenarnya bawa kereta selaju 20km/h.
Kenapa aku tak guna Towing?
Ada beberapa sebab kenapa aku tak guna towing. Salah satunya adalah sebab masa. Masa nak menunggu towing datang tu yang membuatkan aku teruskan sahaja perjalanan.
Towing bukan boleh terus datang. Kena call pihak PLUS lagi untuk berhenti di tepi lebuhraya.
Jadi, untuk tidak membuang masa, aku teruskan sahaja perjalanan. Kereta boleh jalan, bukan tak boleh. Cuma perlahan.
Alhamdulillah tak jadi apa semasa bawa kereta keluar dari lebuhraya, walaupun bergerak dengan kelajuan lalat.
Sampai sahaja di bengkel yang aku pilih dalam Google tadi. Terus sahaja ada orang tanya berkenaan kereta.
Aku ceritakan lah masalah nya pada pomen bengkel ni. Dia pun dah biasa agaknya layan kereta rosak dari lebuhraya. Terus dia telefon kedai spare part yang biasa dia order lah kot.
Malangnya, part yang dikehendaki itu tiada dalam stok. Mungkin sebab hari pun dah nak gelap. Kedai part pun mungkin banyak yang dah tutup.
![]() |
| Coolant Coil Gearbox Bocor |
Jadi, apa solusinya?
Cadangan dari pomen, "bypass" sahaja "gearbox coolant" tu. Aku ok sahaja. Memandangkan takde solusi lain. Nak cari part pun dah nak malam. Lagipun aku urgent nak ke Kolej Matrikulasi Gopeng.
![]() |
| Bypass Coolant Gearbox |
Aku biarkan mereka buat kerja selesaikan masalah kereta ni. Tak lama pun diorang buat. "Bypass" coolant gearbox, kemudian aku suruh reset ecu semula, sebab lambang "check engine" menyala semasa perjalanan ke bengkel tadi.
Setelah selesai semua pomen bagitau harga. Aku memang tak tanya harga pada mulanya. Sebab dalam keadaan "emergency" macam ni, harga adalah subjektif. Janji masalah kereta selesai.
Harga minyak gearbox : RM250 Upah : RM80 Reset ECU : RM60
Total semua RM390.
Pada aku, oklah dengan harga ni. Nak murah mana lagi zaman sekarang. Pomen pun tak sombong dan agak "friendly". Memudahkan kerja dan setel masalah, walaupun sebenarnya tak setel.
Tapi, sekurang-kurangnya aku boleh teruskan perjalanan tanpa rasa was-was. Sekian perkongsian untuk kali ini.
p/s: Dah lama tak menulis ni, ada rasa kekok sikit nak mulakan balik.






0 comments