Repair Air Cond Kereta Nissan Grand Livina di Kedai Bobby Sungai Chua
10:55 AMDah lama rasanya aku tak tulis pasal kereta yang satu-satunya paling lama berkhidmat dengan aku dan keluarga. Sebelum ni ada masalah belting dan bateri, kali ni kereta Nissan Grand Livina aku mengalami masalah aircond kereta yang kurang sejuk.
Setelah puas aku mencari dekat mana nak servis aircond kereta murah di area Kajang ni, akhirnya aku berjumpa dengan satu Kedai membaiki air cond kereta di Sungai Chua, Kajang.
Brader atau pun lebih senang kalau aku kata apek, sebab tauke nya berbangsa Cina. Nama apek ni Bobby. Memang dah tertulis besar-besar signboard kat depan kedai dia, Bobby Chin Kedai Hawa Dingin Kereta. Dia ada 2 orang sahaja pekerja, adik dan anak dia sendiri. Family business lah kot.
Kedai Hawa Dingin Kereta Bobby Chin, Sungai Chua |
Actually, aku memang dah tau punca kerosakan aircond kereta ni. Sebab sebelum ni aku bawa kereta pergi check di satu kedai lain. Tapi Kedai tu tak cukup masa untuk repair. Mungkin sebab banyak kereta yang mengalami masalah yang sama.
Lepas trouble shoot masalah aircond kereta ni, dia pun bagi tau secara terperinci apa yang patut buat, berapa harga dan tempoh masa yang diperlukan untuk repair aircond kereta ni.
Memang betul apa yang Bobby ni cakap. Kali terakhir aku servis aircond kereta ialah pada tahun 2018. Itupun aku tak ingat bila, rasa-rasanya awal tahun 2018 kalau tak silap. Masa tu banyak barang yang perlu ditukar. Hampir RM2000 juga bil yang perlu aku bayar.
Aku hanya akan servis aircond kereta bila mana rasa tak sejuk sahaja. Mengikut perkiraan aku, sepatutnya 3 bulan sekali adalah tempoh yang sesuai untuk servis aircond. Bukannya aku tak nak buat servis aircond berkala sebegitu, cuma masa yang tak mengizinkan.
Air filter Baru |
Gambar ruang dashboard kereta yang dibuka. |
Bil untuk repair aircond kereta Nissan Livina |
So far, aku berpuas hati dengan cara kerja dia membaiki air cond kereta. Lain kali boleh datang lagi kat kedai ni untuk servis aircond kereta.
0 comments