Pada hari Rabu minggu lepas, tiba-tiba ada orang mesej aku dengan memerkenalkan dirinya sebagai pembeli motor honda c70 cup petak. Aku rasa dah lama aku jual motor ni. Seingat aku sekitar tahun 2013. Hampir sepuluh tahun baru ada orang bertanya perihal tukar nama motor.
Hari Ahad lepas aku berkesempatan untuk pergi ke My Tukar di TTDI Kajang. Memang niat aku untuk menjual kereta yang ada sekarang ini. Iaitu kereta Nissan Grand Livina tahun 2010.
Kebetulan sempena cuti Hari Malaysia tempoh hari aku takde plan nak ke mana-mana. Lepak di rumah sambil menonton filem-filem yang ada di channel HBO. Dari satu filem ke satu filem. Sampai dah tak tahu nak tengok citer apa.
Dah lama rasanya aku tak tulis pasal kereta yang satu-satunya paling lama berkhidmat dengan aku dan keluarga. Sebelum ni ada masalah belting dan bateri, kali ni kereta Nissan Grand Livina aku mengalami masalah aircond kereta yang kurang sejuk.
Sedar tak sedar motosikal yang baru sahaja aku beli pada awal tahun 2018 sudah mencecah jarak perjalanan sebanyak 10,000 km. Sebelum ni aku guna motosikal ni untuk kegunaan harian biasa. Jarak perjalanan yang memakan masa tak sampai 7 minit.
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan membasahi bumi di tengah hari. Tidak kusangka kan bateri kereta boleh bertahan tak sampai 2 tahun. Patut lah kereta tak boleh nak start hari ni.
Hari ni genap sebulan aku menggunakan motosikal baru. Jangka masa yang agak lama juga bagi aku untuk menyampaikan kepada 1000 km penggunaan. Bukannya jalan jauh sangat, hanya sekitar pekan Kajang.
Pada hari Jumaat yang lepas aku ke Jalan Ipoh menaiki komuter dari Stesen Komuter Kajang. Aku ingatkan sudah tidak ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan KTM. Aku tersilap kerana menyangka begitu. Ada juga kawasan yang tiada perkhidmatan MRT.












