Aku bermula berjinak dengan blog pada tahun 2015. Dengan menggunakan platform wordpress dan web hosting berbayar. Apa kan daya, blog aku hanya bertahan sehingga pertengahan 2017. Kemudian aku mula kembali pada tahun 2018 ini dengan menggunakan platform blog percuma dari Blogger. ...
Bekerja dari rumah pada zaman kini sudah menjadi satu trend yang tidak asing lagi di Malaysia. Dengan kemudahan internet yang ada, ramai rakyat di Malaysia sudah boleh menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah sahaja. ...
Tak pernah terlintas di fikiran aku pada ketika itu untuk menjadi seorang penjual burger. Lagi pulak masa tu peperiksaan SPM akan berlangsung lebih kurang 2 bulan. Kawan aku la ni. Tiba-tiba mengajak aku untuk cari duit lebih masa cuti sekolah. Bukan dekat der. Jual burger kat Cameron Highlands. Kalau tak silap aku, ada pesta bunga masa tu. Sekarang ni tak tau ada lagi ke...
Surat khabar yang tadinya berselerak telah disusun rapi oleh tauke. Tauke aku memang pakar dalam bab menyusun surat khabar ni. Disusun mengikut kawasan dan rumah pelanggan. Ok. Aku Lupa. Kisah ni terjadi sekitar 15 tahun dahulu di Jepun, semasa aku masih lagi sibuk untuk mendapatkan segulung diploma. Buat kerja sambilan sebagai penghantar surat khabar. ...
Sebelum aku bekerja sebagai seorang penjual sushi, aku buat kerja sampingan sebagai seorang pencuci pinggan di kelab golf. Bekerja hanya di hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad. Kerja pun tak lama, lebih kurang 4 jam sahaja. Dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. ...
Masuk sahaja di dapur, sudah bertimbun kerja yang menanti untuk diselesaikan. Susun neta (makanan yang diletak di atas nasi sushi). Buang sampah, masak nasi, potong sayur adalah rutin kerja seorang penjual sushi. ...
Di satu ketika dahulu, aku pernah memegang jawatan sebagai seorang jurutera atau pun engineer dalam bahasa inggeris. Yang mana kerja sebagai jurutera ini jauh beza dengan kerja seorang arkitek. Seperti Michael Scolfield dalam drama Prison Break. ...
Hari ini hari Ahad. Lazy Sunday. Hari untuk bermalas-malasan kat rumah atau pun bilik. Bangun pagi sekitar pukul 11. Mungkin kepenatan dengan Saturday Night Fever semalam. Yang mana tak sama dengan Thursday Night. ...
Hari ini hari Sabtu. Demam malam sabtu atau pun saturday night fever, penyakit yang mula melanda ke atas muda mudi kuda kudi pada lewat tahun 70 an. Filem yang dilakonkan oleh John Travolta sebagai watak utama. Mempunyai semangat untuk menari di kelab-kelab malam. Bukan di kelab golf atau pun kelab gay. ...
Hari ini hari Jumaat. Hari yang ke-12 dalam tahun 2018. Tiada kena mengena dengan Jumaat yang ke-13 seperti dalam filem Friday The 13th. Hari Jumaat hari bekerja yang pendek dalam masa seminggu. Bagi orang lelaki muslim di Malaysia, sudah semestinya akan ke masjid untuk menunaikan Fardhu Jumaat atau Friday Prayer dalam bahasa asing. Bagi orang perempuan.. ermmm.... Mungkin lebih suka dengan Black Friday....
Hari ini hari Khamis. 23 tahun dahulu ,aku dapat lesen motorsikal pada hari ini . Ya, hari Khamis Malam Jumaat. Cuma tak ingat berapa hari dan bulannya. Hari ada 30 dan bulan ada 12 dalam masa setahun. Mustahil aku boleh ingat tarikhnya. Melainkan aku pernah rekodkannya di mana-mana. ...
Hari ini hari Rabu. Walaupun aku jarang-jarang sekali buat blogwalking dan tinggalkan jejak di blog lain. Baru ada seorang pengomen dalam blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih yang tak terhingga buat Mrs.A kerana menjadi pengomen yang pertama dalam blog aku ni. I appreciate it. :-) ...
Hari ini hari Selasa. Sudah masuk hari yang ke 9 dalam tahun 2018. Aku pun telah beralih arah dari hisap rokok kepada hisap paip. Maksud aku kat sini ialah paip tembakau. Bukannya paip air atau pun paip besi untuk buat pagar rumah. ...
Hari ini hari Isnin. Hari yang paling sukar untuk bangun pagi untuk ke tempat kerja. Aku pernah merasakan keadaan begini sewaktu kerja makan gaji dahulu, di salah sebuah kilang Jepun yang terletak di Shah Alam. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka. Kemudian pakai uniform kilang. Pekena suria sebatang dalam kereta, dengar radio sinar fm, sambil memandu untuk ke tempat kerja. ...
Jangan pandang belakang merupakan sebuah filem seram di Malaysia hasil arahan dari En. Ahmad Idham dan terbitan oleh Mr David Teo. Pierre Andre merupakan pelakon utama dalam filem ini. Digandingkan dengan Intan Ladyana sebagai heroin. ...
Setelah kejatuhan demi kejatuhan aku mula mengatur langkah untuk bangkit semula untuk memburu impian yang selama ini terkandas di tengah jalan. Aku tidak pasti jalan yang mana. Yang pastinya bukan lah di Jalan Tun Razak. ...
Seringkali kita melihat papan tanda "Kesulitan Hari Ini Untuk Keselesaan di Masa Hadapan" di jalan-jalan raya yang sedang dalam pembinaan. ...
Semalam aku terima mesej mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 3 sendari salah satu group whatsapp. Walaupun sebenarnya lama dah aku tidak hiraukan tentang turun naik harga minyak di pasaran Malaysia mahu pun antarabangsa. Lupa pula nak bagi tau, sudah tentu lah mengenai minyak petrol yang ingin aku tulis kan kat sini. ...
Kadang-kadang ada kala dan ada ketika nya dalam kehidupan engkau, masa itu sangat-sangat mencemburui. Walaupan engkau tak pernah bercinta dengan masa itu sendiri. Dan bercinta dengan masa itu pun tidak mungkin akan terjadi dalam kehidupan seseorang. ...
Hari ini tanggal 2 Januari merupakan hari kedua untuk tahun 2018. Hari pertama bagi sesi persekolahan bagi semenanjung. Ada juga yang sudah bermula semalam. Bagi aku, merupakan hari pertama bekerja untuk tahun ini. Walaupun hanya bekerja dari rumah sahaja. Hihi.. Semoga lebih sukses dari tahun 2017. Untuk merealisasikan azam tahun pada tahun 2016 yang mana tertangguh di tahun 2015. ...