Seawal pagi lagi aku dah keluar rumah. Ayam yang ada di dalam reban berhampiran dengan padang rumah aku pun masih belum berkokok. Cuaca sejuk waktu pagi sebelum subuh memang membawa hingga ke tulang.
Memang menjadi persoalan bagi aku selama ini, dekat mana nak cari parking motosikal di KLIA. Mungkin ada yang dah tahu atau pun saja-saja buat-buat tahu. Aku pun tak tahu. Sebab nya dah puas aku mencari di Google tak jumpa kat mana nak parking motosikal di KLIA ni.
Minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk bagi diri aku. Mana tak nya, aku kena buat visa untuk ke China dalam masa 2 hari. Mula-mula agak kurang yakin juga sebab takut tak sempat nak dapat visa walaupun tiket kapal terbang aku dah tempah pada hari Rabu.
Macam tak percaya dan tak ku duga pulak boleh menang tender lelongan barang kemas ar rahnu yang aku hantar minggu lepas. Ingatkan dah tak dapat sebab mengikut adik manis yang kat kaunter tu cakap, result keluar hari Isnin atau Selasa. Tak sangka pulak hari Jumaat dia call.








