Hari ini hari Selasa. Sudah masuk hari yang ke 9 dalam tahun 2018. Aku pun telah beralih arah dari hisap rokok kepada hisap paip.
Maksud aku kat sini ialah paip tembakau. Bukannya paip air atau pun paip besi untuk buat pagar rumah.
Hari ini hari Isnin. Hari yang paling sukar untuk bangun pagi untuk ke tempat kerja. Aku pernah merasakan keadaan begini sewaktu kerja makan gaji dahulu, di salah sebuah kilang Jepun yang terletak di Shah Alam.
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka. Kemudian pakai uniform kilang. Pekena suria sebatang dalam kereta, dengar radio sinar fm, sambil memandu untuk ke tempat kerja.
Setelah kejatuhan demi kejatuhan aku mula mengatur langkah untuk bangkit semula untuk memburu impian yang selama ini terkandas di tengah jalan. Aku tidak pasti jalan yang mana. Yang pastinya bukan lah di Jalan Tun Razak.








