Semalam sempat juga aku singgah di kedai kasut bundle di Jalan Reko Kajang. Nama kedai bundle tu Thop Bundle Kajang. Selama ni aku pernah juga masuk ke kedai baju bundle. Cuma kali ini aku masuk ke kedai bundle yang hanya menjual kasut sahaja.
Cuti sekolah yang lepas aku takde idea untuk bawa anak-anak ke mana-mana. Lagipun cuti dah nak habis. Sempat bawa pulang ke kampung halaman sekejap. Aku pun google lah tempat yang dekat dari rumah untuk bersantai di waktu malam. So, aku terjumpa dengan Ayer@8 yang terletak di Putrajaya.
Pada hari Rabu minggu lepas, tiba-tiba ada orang mesej aku dengan memerkenalkan dirinya sebagai pembeli motor honda c70 cup petak. Aku rasa dah lama aku jual motor ni. Seingat aku sekitar tahun 2013. Hampir sepuluh tahun baru ada orang bertanya perihal tukar nama motor.
Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan aku buat kerja part time sebagai Grab Food Rider. Beberapa kali juga lah aku dah gunakan duit dari kerja sambilan ni. Kerja yang sangat mudah dan senang, ambil dan hantar makanan ke pelanggan.







