Minggu pertama cuti sekolah bagi sesi 2018 baru sahaja bermula. Sebelum aku menjadi lebih sibuk dengan kerja-kerja yang dirancangkan, adalah lebih baik meluangkan sedikit masa yang ada untuk putera dan puteri aku.
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan membasahi bumi di tengah hari. Tidak kusangka kan bateri kereta boleh bertahan tak sampai 2 tahun. Patut lah kereta tak boleh nak start hari ni.
Kepenatan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas masih lagi terasa. Peti suara masih lagi pecah dek menjerit melalak di stadium. Penantian selama 18 tahun, berkesudahan dengan magis, tragis, kontrovesis dan penuh dengan dramatis.
Sekian lama aku menyepi dari menulis blog. Hari ni baru rasanya ada semangat balik ingin menulis di blog. Walaupun hari ni sepatutnya tak perlu tulis apa-apa sebab Wordless Wednesday.








