• Home
  • About
  • Contact
Facebook Twitter Instagram Email Youtube

Personal Blogger Malaysia | Lelaki Bawah Tanah

Sebuah Blog Tentang Kehidupan Aku dan Kehidupan Orang Lain di Malaysia, Jepun, Afrika Selatan, Indonesia, Australia, New Zealand, Zimbabwe....


Macam tak percaya dan tak ku duga pulak boleh menang tender lelongan barang kemas ar rahnu yang aku hantar minggu lepas. Ingatkan dah tak dapat sebab mengikut adik manis yang kat kaunter tu cakap, result keluar hari Isnin atau Selasa. Tak sangka pulak hari Jumaat dia call.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Minggu lepas, Air Asia X melancarkan laluan baharu mereka dari Kuala Lumpur ke Jepun, iaitu Fukuoka. Merupakan destinasi yang ke-5 bagi Air Asia X ke Jepun.

Pelancaran laluan baharu ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun menerusi pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan tempatan.

Harga Tiket Flight Kuala Lumpur-Fukuoka

Harga tiket kapal terbang bersempena pelancaran ini, adalah bermula dari RM199* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM799* bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Tempahan tiket kapal terbang di laman AirAsia.com, bermula 30 November hingga 9 Disember 2018 bagi perjalanan antara 28 Februari 2019 hingga 28 Oktober 2019. Perkhidmatan ini dijangka beroperasi sebanyak 4 kali seminggu bermula dari 28 Februari 2019.

Macam mana nak dapatkan harga tiket flight RM199 ke Fukuoka? Hurmm... Aku sendiri pun tak tau macam mana nak dapatkan harga tu. Boleh cuba lihat di laman web Air Asia. Sorry.. sebab aku tak ada pengalaman naik Air Asia. Belum ada rezeki lagi kot nak merasa naik kapal terbang tambang murah.

Memang dah lama aku nantikan flight air asia dari Kuala Lumpur ke Fukuoka. Sebab Fukuoka adalah airport yang pertama aku jejak di luar negara. Banyak memori yang aku takleh lupa kat sini. Semuanya memori yang "manis-manis" sahaja.

Baru ada semangat semula untuk aku kembali ke kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Rasanya dah boleh aku buat planning ke Pulau Kyushu tahun depan dengan pelancaran laluan baharu Air Asia X dari Kuala Lumpur ke Fukuoka Jepun.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Keadaan jalan raya waktu petang di bandar besar seperti Kuala Lumpur, memang sesak dengan kenderaan 2 roda, 4 roda mahupun 10 roda. Tak lupa juga pada yang menggunakan pengangkutan awam seperti MRT,LRT dan juga bas. Hanya menggunakan 2 kaki.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sedar tak sedar motosikal yang baru sahaja aku beli pada awal tahun 2018 sudah mencecah jarak perjalanan sebanyak 10,000 km. Sebelum ni aku guna motosikal ni untuk kegunaan harian biasa. Jarak perjalanan yang memakan masa tak sampai 7 minit.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Di hujung hujung minggu macam ni, lebih indah hidup rasanya kalau dapat luangkan masa yang berkualiti dengan insan-insan yang tersayang. Aku cuba dengan membawa anak-anak mandi di kolam renang Putrajaya Presint 6. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Metal Head | Blogger | Ghost Rider Coretan Seorang Insan di Dunia Digital

Follow Me

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube
  • Tik Tok

Popular Posts

  • Parking Motosikal Di Terminal Bersepadu Selatan TBS
  • Perjalanan 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur ke Hatyai Dengan Bas
  • Pertama Kali Kerja Sebagai Tour Guide di Jepun
  • Hari Minggu Mandi di Kolam Renang Putrajaya Presint 6
  • Boleh ke Jalan di Jepun Tanpa Tour Guide

Sponsor

recent posts

Labels

  • Automotif
  • Bisnes
  • Blogger
  • Filem
  • Muzik
  • Panduan
  • Personal
  • Semasa
  • Skills
  • Travelog

Blog Archive

  • November 2026 (1)
  • October 2026 (2)
  • February 2023 (4)
  • January 2023 (3)
  • July 2022 (1)
  • April 2022 (3)
  • May 2021 (4)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (2)
  • October 2019 (1)
  • September 2019 (13)
  • August 2019 (2)
  • July 2019 (2)
  • January 2019 (6)
  • December 2018 (6)
  • November 2018 (3)
  • October 2018 (1)
  • September 2018 (1)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (17)
  • January 2018 (20)
  • July 2017 (1)
  • June 2017 (1)

Followers

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates