Sekian lama aku menyepi dari menulis blog. Hari ni baru rasanya ada semangat balik ingin menulis di blog. Walaupun hari ni sepatutnya tak perlu tulis apa-apa sebab Wordless Wednesday.
Tekanan dalam hidup aku dari hari ke hari terasa semakin meninggi mengalahkan Gunung Kinabalu yang terletak di negeri di bawah bayu, Sabah. Kurang sikit dari Gunung Everest.
Kadang-kadang ada juga terasa seperti gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk mengeluarkan lava yang kemerah-merahan serta berasap.
Adalah normal bagi seorang manusia bila mana secara tiba-tiba menemui jalan buntu dalam meneruskan kehidupan seharian. Begitu juga bagi diri aku yang serba sederhana ni. Temui jalan buntu yang tidak mempunyai pintu untuk keluar.
Lelaki adalah jantina aku seperti mana yang tertulis dalam kad pengenalan Malaysia. Alhamdulillah aku telah membesar sebagai lelaki sejati dan tulen.
Terima kasih yang tak ternilai untuk diucapkan kepada kedua orang tua aku yang telah banyak bersusah payah membesarkan aku sebagai seorang lelaki. Hanya orang tua sahaja yang faham dengan karenah anak lelaki.