Filem Review : Pirates of The Caribbean - Salazar's Revenge

12:02 PM


Di dalam bulan-bulan puasa macam ni, agak kurang aktiviti aku. Lagi pula dalam cuti sekolah ni. Rasa malas, mengantuk asyik nak tidur sahaja. Kalau boleh dekat mata ni nak diletakkan anak mancis pula.

Untuk mengelakkan rasa-rasa yang kurang proaktif di bulan puasa ni, aku pergi menonton wayang. Kebetulan pula filem Pirates of The Caribbean Salazar's Revenge masih ditayangkan lagi. 

Pirates of The Caribbean - Salazar's Revenge

Filem Pirates of The Caribbean yang sebelum-sebelum ni pun aku dah tengok kesemuanya. Kali ni mungkin yang terakhir untuk siri cerita mengenai lanun-lanun yang berada si laut. 

Terutamanya, cerita tentang kapten kapal lanun yang terkenal iaitu Jack Sparrow

Sinopsis Pirates of The Caribbean - Salazar's Revenge

Petualangan menyenangkan kini tak lagi berpihak pada Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp). Pada seri ke 5 Pirates of the Caribbean ini Jack harus melawan musuh bebuyutannya Kapten Salazar (Javier Bardem) untuk menyelamatkan hidupnya.
Setelah melarikan diri dari Devil’s Triangle, Kapten Salazar bersumpah untuk membunuh semua bajak laut yang ada di lautan? termasuk Jack.
Harapan satu-satunya Jack kini bergantung pada usahanya untuk menemukan Trident of Poseidon, sebuah pusaka legendaris yang dapat mengontrol lautan.

Trailer Pirates of The Caribbean - Salazars Revenge


Jack Sparrow

Siapa Jack Sparrow? Seorang kapten kapal lanun yang hanya bergantung kepada kompas ajaibnya. Yang mana hanya dia sahaja yang tahu untuk membaca kompas tersebut. 

Dalam episod kali ini barulah terungkai misteri keajaiban kompas Jack Sparrow. 

Will Turner & Elizabeth Swan

Will Turner rakan karib kapten Jack Sparrow. Terperangkap dengan sumpahan di dalam kapal Flying Dutchman. 

Henry

Anak kepada Will Turner & Elizabeth Swan. Muncul dalam filem ini untuk menyelamatkan bapanya Will Turner dari sumpahan. 

Berjayakah seorang anak untuk menyelamatkan bapanya? 

Salazar

Siapa pula Salazar? Aku pun tak tahu macam mana boleh muncul kapten Salazar ni pula dalam episod kali ni. Membawa peranan sebagai watak utama. Nama tajuk filem pun Salazar's Revenge. Apa pula yang nak di revenge kan? Haha.. 

Barbossa

Juga seorang kapten kapal lanun. Musuh tradisi Jack Sparrow sekaligus seorang rakan.  










You Might Also Like

0 comments